Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

KKD Akan Dapatkan Maklumat...

Ulu Tiram : Kementerian Komunikasi dan Digital akan mendapatkan maklumat sebelum membuat sebarang...

Tahniah! Syarif Selamat Timang...

TAHNIAH kami ucapkan kepada bekas anggota Kumpulan Sleeq, Syarif yang kini selamat menimang...

Tahanan Kemboja: Ada Perkara...

KUCHING - Berhubung dakwaan kemungkinan kes penipuan 47 warga Malaysia yang ditangkap dan...

Ada Pemimpin Pakatan Doakan...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS mendedahkan ada pemimpin dalam pakatan rakyat seakan-akan...

9 Kes Wabak Demam Tifoid Dikesan Sejak 2 November

PUTRAJAYA – Sembilan kes wabak demam tifoid dilaporkan sejak 2 November hingga semalam di daerah Belaga, bahagian Kapit, Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata kesemua kes dimasukkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan dan wabak tersebut dalam keadaan terkawal dan tiada kes kematian dilaporkan.

“Siasatan awal di lokaliti wabak mendapati sistem bekalan air paip graviti tidak berfungsi dengan baik. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan kerjasama pihak yang terlibat telah merancang kerja-kerja pembaikan yang akan dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata survelan demam tifoid termasuk pengesanan kes secara aktif di Long Urun dan kampung berhampiran dipertingkatkan.


“Siasatan masih terus dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya jangkitan kejadian wabak tersebut,” katanya.
​​​​​​​
Penyakit demam tifoid adalah penyakit yang berjangkit melalui makanan dan minuman dicemari bakteria Salmonella typhimurium.

Pesakit yang dijangkiti akan menghidap gejala seperti demam tinggi, sakit kepala, kurang selera makan, loya, muntah, sakit perut, sukar membuang air besar atau cirit-birit dan segelintir mengalami ruam terutama pada leher dan perut. – BERNAMA

Kategori