Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Pengarah Puspen AADK Benta...

GUA MUSANG - Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Benta, Pahang maut dalam...

Malaysia, Brunei Tingkatkan Hubungan...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Brunei menekankan komitmen mereka untuk meningkatkan kerjasama ekonomi terutamanya...

Peruntukan PBT Harus Dahulukan...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa tempatan (PBT) harus mendahulukan keperluan penduduk berbanding peruntukan...

Cadangan Pinda Akta GST...

KUALA LUMPUR - Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan dipinda bagi membolehkan...

1 Maut, 45 Pelajar Cedera Bas Sekolah Terbalik

NEW DELHI – Sekurang-kurang seorang terbunuh manakala 45 pelajar cedera dalam satu nahas bas sekolah di negeri Uttar Pradesh yang terletak di utara India pada Jumaat, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

“Nahas itu berlaku apabila bas sekolah tersebut terbalik di Lebuhraya Yamuna berhampiran pekan pelancongan Agra selepas pemandunya hilang kawalan apabila tayar kenderaan terbabit meletup dan melanggar pembahagi jalan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Pemandu bas itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala kesemua pelajar yang cedera dihantar ke Kolej Perubatan S.N. di Agra.
“Keadaan empat daripada pelajar terbabit adalah serius,” kata pegawai polis itu.

“Beberapa orang guru yang mengiringi pelajar terbabit turut cedera namun dibebaskan selepas menerima pertolongan kecemasan.”

Bas itu membawa 50 pelajar dan enam guru dari Sekolah Alok Bharti dari negeri jiran iaitu Himachal Pradesh, dan sedang dalam perjalanan ke Agra untuk melawat Taj Mahal, antara ikon yang menjadi tujuh keajaiban dunia, semasa nahas itu berlaku.

Saksi memberitahu polis bahawa bas tersebut telah dipandu dengan laju, menyebabkan pemandunya hilang kawalan selepas tayar kenderaan itu meletup di Lebuhraya Yamuna, sebuah koridor berkelajuan tinggi yang menghubungkan ibu kota India dengan Agra.


Satu siasatan telah diarah dijalankan, kata pegawai itu.

Jumlah kematian akibat nahas jalan raya India adalah antara yang tertinggi di dunia.

Kebanyakan nahas itu berlaku disebabkan cara pemanduan yang buruk atau penyelenggaraan jalan dan kenderaan yang teruk. – BERNAMA

Kategori