Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PN Ambil Iktibar PRN...

MASJID TANAH: Perikatan Nasional (PN) mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

Mahkamah Benar Azmin Batalkan...

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang...

Curang: Wanita Potong Alat...

CHINA – Gara-gara geram dengan suami yang curang, seorang isteri, Feng, 30, hilang...

Suami Isteri Melecur Dalam...

BALING – Sepasang suami isteri melecur teruk dalam kebakaran membabitkan tujuh buah rumah...

Sepanyol Selamatkan Pendatang Rentas Lautan

BARCELONA – Sepanyol menyelamatkan lebih 250 pendatang termasuk kanak-kanak yang cuba menyeberang laut Mediterranean berbahaya ke Eropah, kata pihak berkuasa.

“Kami menyelamatkan 251 orang dari lima kapal, semuanya di Laut Alboran,” kata pihak berkuasa keselamatan maritim Sepanyol di Twitter, merujuk kepada bahagian barat Laut Mediterranean.

Bilangan pendatang yang tiba menerusi jalan laut di pantai Sepanyol melonjak berbanding tahun lalu, hampir tiga kali ganda kepada 15,585 pada 8 November 2017, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).

Ramai rakyat Afrika yang mahu ke Eropah mengelak merentasi Libya yang berbahaya untuk ke Itali sepanjang laluan Mediterranean tengah.

Sebaliknya, mereka memilih untuk melalui Maghribi dan Sepanyol.


Sejak Januari, hampir 15,600 pendatang tiba di Sepanyol melalui laut dengan 156 maut ketika menyeberang, menurut IOM.

Agensi menganggarkan kira-kira 155,850 pendatang melalui perjalanan berbahaya ke Eropah tahun ini dan 2,961 lagi maut atau hilang ketika mencuba. – AFP/BH ONLINE

Kategori