Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pijak Gambar Hadi: PAS...

KUALA LUMPUR - PAS membuat laporan polis ke atas penganjur perhimpunan haram Bersih...

Abam Mungkin Penat Sebab...

GOMBAK - Jenazah pelawak, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32,...

RUU Antigangguan Seksual: Azalina...

PARLIMEN | Azalina Othman Said (BN-Pengerang) hari ini membantah pelantikan Ketua Setiausaha Kemneterian...

Bayi Diserang Anjing Liar,...

KESIAN... Seorang bayi yang baru dilahirkan dalam masa enam ke lapan jam, kini...

Serik Pengalaman Lepas, Pindah Awal Bila Banjir

BESUT – Serik dengan pengalaman lepas hingga terpaksa mengharung air banjir paras dada di tengah malam, seorang wanita tekad berpindah lebih awal tahun ini.

Rusliza Abdul Rahman, 38, yang sedang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi dua bulan lepas berkata beliau berpindah ke Dewan Kampung Apal Isnin lepas walaupun kali ini rumahnya baru dinaiki air pada paras betis.

“Tahun lepas, saya berlengah ke pusat pemindahan sebab sibuk nak alihkan barang-barang ke tempat lebih tinggi.

Tiba-tiba anak beritahu air naik, cepat sangat…memang panik masa tu, saya pimpin anak umur tiga tahun berjalan kaki ke pusat pemindahan tak jauh dari rumah ini, namun terjatuh pula dalam longkang sebab saya tak perasan dalam keadaan cuaca gelap dan hujan lebat ketika itu.

“Sebab itu tahun ni, saya pindah awal. Lagipun saya dalam pantang anak bongsu, Airanur Safia Abdullah. Masa pindah malam tu, saya naik kereta dengan suami, tapi terpaksa ikut jalan lain yang lebih jauh kerana trauma dengan insiden terjatuh longkang, lagipun jalan tu dinaiki air paras pinggang kali ni,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Apal di sini hari ini.

Ekoran air banjir yang mulai surut lewat petang semalam, beliau bersama beberapa keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar bersama isterinya, Dr Nor Asmawati Wahab sempat menziarahi Rusliza dan enam anaknya yang berusia dua bulan hingga 19 tahun di rumah bagi memantau keadaaan selepas gelombang pertama banjir.

Beliau menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan dapur.

Mohd Iskandar berkata petugas di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jabi dan semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah turun padang untuk membantu semua mangsa banjir di sekitar kawasan DUN itu bermula petang semalam.

“Gelombang pertama banjir biasanya tidak begitu teruk dan kita telah bersedia dengan pelan kecemasan membantu dan menyelamat mangsa banjir untuk menghadapi kemungkinan banjir gelombang kedua tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori