Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen DAP Pertikai...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada...

Remaja Hilang: Polis Sudah...

PUTRAJAYA: Polis sudah mengenal pasti lokasi pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan...

18 Sekolah Daif Kinabatangan...

KINABATANGAN - Sebanyak 18 sekolah daif di daerah ini akan dibaik pulih menerusi...

Ke Taiwan Dengan Hati...

MENYEBUT mengenai Taiwan, perkara pertama yang akan melalui benak pemikiran orang Islam ialah...

Sering Kongsi Gambar Mesra, Netizen Puji Erra-Bella

KEBIASAANNYA jika pasangan suami isteri itu sudah berpisah, pasti hubungan yang terjalin akan terputus begitu sahaja. Tapi tidak bagi primadona negara, iaitu Erra Fazira.

Sejak minggu lalu, sering kita melihat gambar mesra antara Erra dengan isteri bekas suaminya, Engku Emran, iaitu Laudya Cynthia Bella.

Disebabkan kemesraan mereka itu, ramai netizen memuji sikap Erra yang matang meskipun telah bercerai dengan Engku Emran sejak 2014 yang lalu.

Mereka berdua bagaikan sahabat baik yang tidak boleh berenggang.

Ramai netizen gembira melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua wanita itu. Mereka bagaikan ‘merestui’ serta menjadikan hubungan baik kedua-dua selebriti itu sebagai perkara baik yang perlu dicontohi oleh pasangan yang lain.

Dalam masa yang sama, Bella juga turut terkejut kerana dia tidak menyangka bahawa ramai peminat mengikuti perkembangan mereka dan turut gembira dengan respon positif yang diberikan.

“Masya-ALLAH, mereka (peminat) suka? (ketawa). Alhamdulillah, saya memang sangat menjaga hubungan silaturahim ini. Lagipun, saya pula tiada teman yang ramai di sini,” katanya dipetik daripada Sinar Harian.

Pelakon yang popula menerusi filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu turut menganggap Erra sebagai kakaknya sendiri.

“Hubungan kami bagai adik dan kakak. Lagipun, Erra adalah emak Aleesya dan dia juga memanggil saya Bunda.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya punya teman untuk saling berkongsi cerita mengenai apa saja. Itu yang membuat kami semakin rapat,” ujarnya lagi.


Apa yang lebih menggembirakan ialah, Bella dikatakan telah bersiap sedia jika menerima tawaran berlakon bersama dengan Erra walaupun kini dia masih lagi belum merancang untuk terus aktif di Malaysia.

“Saya sedar posisi Erra di sini sebagai pelakon terkenal bahkan saya ada juga menjadikannya sebagai rujukan.

“Tapi, hubungan rapat kami lebih bersifat peribadi dan bukannya mengenai soal kerjaya.

“Lagipun, saya masih belum merancang untuk bekerja di sini. Insya-ALLAH, kalau umur panjang dan ceritanya bagus saya tak kisah untuk berlakon bersama,” tambah pelakon yang berusia 28 tahun itu.

Selain Erra, pelakon Abby Abadi juga disifatkan sebagai wanita yang hebat selepas dia telah menerima baik hubungan antara bekas suaminya, Norman Hakim bersama dengan pelakon cantik jelita, Memey Suhaiza.

Bahkan, kedua-dua keluarga itu juga sering beriadah bersama beramai-ramai selepas Abby turut mendirikan rumah tangga dengan suami baharunya, Faizal Zakaria.

Tak semestinya lepas dah berpisah kena bergaduh kan? Kalau dulu pernah ada rasa sayang, kenapa sekarang kena terus membenci. –MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori