Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AMK Mahu Polis Ambil...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu polis mengambil tindakan ke atas...

Pakar Jantung Dituduh Lari...

SHAH ALAM - Seorang doktor pakar jantung dihadapkan ke Mahkamah Majistret Trafik dan...

10,000 Pembantu Rumah Indonesia...

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima kemasukan kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia berjumlah sekitar...

97 Penumpang Selamat Selepas...

SINGAPURA - Seramai 97 penumpang feri 'Sea Prince' diselamatkan selepas feri berkenaan terlanggar...

“Shafie Tetap Abang, Setia Saya Tetap Kepada UMNO”

LAHAD DATU – Ketua UMNO Bahagian Silam, Datuk Mohd. Yusof Apdal menolak andaian pihak tertentu bahawa beliau konon lebih mementingkan politik berbanding ikatan kekeluargaan.

Perkara tersebut timbul berikutan hubungan sebagai adik kepada abangnya yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Yusof menegaskan hubungan persaudaraan dan perjuangan politik merupakan dua perkara berbeza dan tidak sepatutnya dimanipulasi dengan cara menjadikannya sebagai isu besar.

“Dia (Shafie) tetap abang saya, prinsip perjuangan politik kami berbeza dan saya memilih untuk terus setia pada UMNO,” katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Lahad Datu ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya ideologi politik adalah hak individu dan beliau memilih kekal bersama dalam perjuangan UMNO dan Barisan Nasional kerana yakin parti keramat itu konsisten menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara.

Dalam pada itu, Yusof terus mengingatkan anggota UMNO di bahagian Silam agar tidak terpengaruh dengan dakwaan pihak tertentu yang sengaja guna isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melemahkan perjuangan UMNO Silam.

“Anggota UMNO dan pengundi perlu melihat perkara ini dari sudut yang positif dan mengaitkan dengan perjuangan politik parti.


“Kita harus merapatkan barisan dan mengetepikan semua perkara yang boleh mengganggu perjalanan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14),” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata beliau akan terus menggalas tanggungjawab dan komited melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan itu walaupun baru selesai menjalani rawatan kesihatan.

“Penting bagi saya untuk memastikan rakyat terus yakin terhadap UMNO dan BN kerana kerajaan sedia ada ini telah banyak berbakti kepada rakyat,” katanya. – BERNAMA

Kategori