Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MCA Akan Rancakkan Semula...

SERDANG - Projek Langkawi yang dilancarkan oleh MCA pada b1993 akan dirancakkan semula...

Malaysia Tak Perlu Campur...

TAPAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa...

Lima Pekerja Akhbar Capital...

SEKURANG-KURANGNYA lima maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam pejabat akhbar...

Pakai Seksi, Jururawat Ini...

KERANA didakwa sering berpakaian seksi, seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Isan,...

Sifat Kedekut, Punca Anzalna ‘Diserang’ Jerawat Batu

PELAKON, Anzalna Nasir merupakan satu nama yang tidak dapat dipisahkan lagi dalam industri hiburan tanah air.

Tambahan pula, pelakon ini sememangnya mempunyai peminat yang sentiasa menyokong dalam melayari kerjayanya bergelar anak seni.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan drama, Dendam Aurora dibintangi oleh Anzalna, pasti perasan bahawa anak jati kelahiran Pulau Pinang ini sedang mengalami masalah kulit muka yang serius.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir mengakui sifat kedekut telah mengundang padah terhadap diri apabila sikap tidak menitikberatkan soal penjagaan wajah mengakibatkan mukanya ‘diserang’ jerawat batu.

“Lebih teruk ketika pulang dari London, United Kingdom pada April lalu. Ketika itu saiz jerawat yang tumbuh besar-besar.

“Bertambah malang, ketika itu saya memulakan penggambaran drama Dendam Aurora. Oleh sebab jadual yang padat, masalah kulit muka semakin teruk dan serius.

“Jika penonton perasan, dalam episod awal drama tersebut, jelas kelihatan jerawat yang timbul. Memang saya tertekan melihat keadaan tersebut.

“Jadi saya mula mendapatkan nasihat doktor pakar kulit untuk membuat rawatan,” katanya dipetik sebuah portal hiburan.

Jelasnya, sebelum ini dia hanya membeli produk kosmetik bernilai bawah RM50 untuk menjaga kecantikan kulit wajah selain mengamalkan rutin pemakanan yang sihat.

Bagaimanapun, usaha tersebut hanya sia-sia dan tidak berhasil sama sekali.


Disebabkan tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama, figura jelita ini mendapat idea untuk menghasilkan produk sendiri bagi mengatasi masalah jerawat.

“Namun usaha tersebut tidak berhasil. Disebabkan itu saya memikirkan cara lain untuk mencegah daripada berlakunya masalah jerawat yang ketara.

“Bersama-sama rakan baik saya iaitu Adila Ramly dan Alia Ramly yang juga producer Global Station Sdn. Bhd., kami berkongsi modal selaku rakan niaga mengeluarkan produk penyembur muka yang diberi nama Bye Bye Zits.

“Produk ini mencegah pembiakan bakteria yang menyebabkan masalah jerawat. Malah selamat digunakan kerana bebas bahan kimia berbahaya.

“Disebabkan terlalu selamat, cecair yang terdapat dalam produk tersebut boleh diminum begitu sahaja.

“Saya dan Alia sendiri yang menjadi testimoni kepada produk ini. Alhamdulillah, sekarang tiada lagi masalah jerawat baru cuma tinggal parut sahaja,” katanya.

Tambah Anzalna lagi, orang ramai boleh mendapatkan produk tersebut di premis Empire Medispa atau stokis yang menjualnya dengan harga mampu milik iaitu RM69.90 sebotol. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori