Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jejaka Ini Jatuh Cinta...

JEJAKA kacak berketurunan Belanda-Belgium yang sudah mengembara ke 60 buah negara di seluruh...

Warga Emas Maut Terkena...

YAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas terkena renjatan elektrik sewaktu kejadian...

Janji Beli Baju Raya...

KUANTAN - Janji ayahnya untuk membelikan baju raya apabila pulang setelah menjalankan tugas...

“Menteri Kuarantin 3 Hari,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelonggaran...

Simpan Pasport: Bapa Anak 2 Didenda RM3,000

PETALING JAYA – Seorang bapa dua anak didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan pasport milik lima warga negara China tanpa kebenaran sah.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhkan hukuman itu terhadap Chuah Soh Huat, 47, kerana memiliki lima pasport tersebut tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang di Pejabat Jenayah, Balai Polis Bukit Puchong, dekat sini, pada 2 petang, 18 Mac lepas.

Chuah yang bekerja di kedai perabot didakwa mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff merayu hukuman berbentuk denda yang ringan dengan alasan anak guamnya penanggung utama keluarga.


Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy memohon hukuman setimpal.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan ketika melakukan serahan lima pasport milik lima warga China dan selepas disoal siasat tertuduh gagal memberi keterangan jelas dan munasabah terhadap pemilikan pasport tersebut. – BERNAMA

Kategori