Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemantauan 21 Barangan Kawalan...

PUTRAJAYA - Pemantauan harga terhadap 21 jenis barangan yang disenaraikan di bawah Skim...

Biadab! Aktivis Bersih Mahu...

KLANG - Mahkamah syariah perlu segera dihapuskan! Demikian luahan biadab kata-kata aktivis propembangkang...

Wanita Rentung Kereta Terbakar...

LAHAD DATU - Seorang wanita rentung apabila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit dalam...

Tahukah Anda Pengemis Di...

BAYANGKAN jika gaji bulanan anda sebanyak RM18,000.. dengan wang sebanyak itu, apa yang...

Single Baru Anis Al-Idrus Ciptaan Hafiz Hamidun

SELEPAS kes penceraiannya bersama dengan bekas isteri, Joy Revfa, kini Hafiz Hamidun lebih banyak menghabiskan masa di dalam studio untuk menghasilkan lagu baru buat beberapa orang artis.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun kini bakal menghasilkan single terbaharu buat pelakon Anis Al-Idrus yang bertajuk Tak Guna.

Bagi Anis sendiri, dia sedia menerima apa jua kontoversi yang akan melanda dirinya selepas penghasilan lagu itu. Sebelum ini, Anis pernah muncul di dalam telefilem bertajuk Surat Buat Bakal Isteri bersama dengan Syukri Yahya dan Sari Yanti.

Menurut Anis atau nama sebenarnya, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, lagu yang dihasilkan oleh Hafiz kali ini mengisahkan mengenai luahan hati seseorang terhadap kekasihnya dalam percintaan.

“Lirik itu ditulis sepenuhnya oleh Hafiz, saya tahu ia akan timbul pelbagai persoalan mengenai kisahnya. Apa yang saya tahu, ia merupakan luahan hati seseorang kepada kekasihnya yang menghadapi konflik dalam percintaan.

“Kisah selanjutnya, saya harap peminat boleh tunggu bila ia dilancarkan pada penghujung tahun ini. Saya sudah bersedia apa sahaja kontroversi yang mungkin akan terpalit kepada saya,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Tambah penyanyi yang berusia 29 tahun itu, dia berharap agar orang ramai dapat menerima lagu yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Walaupun Anis lebih dikenali dalam bidang lakonan dan peragaan, namun siapa sangka bahawa wanita berasal dari Kelantan itu sudah melancarkan single pertamanya yang berjudul Mengapa pada tahun lalu.


Kini, Anis lebih serius dalam bidang nyanyian kerana dia mahu ianya seiring dengan kerjaya seni lakonannya.

“Kalau tanya sekarang apa yang saya fokus, saya sedang fokus dalam semua bidang iaitu lakonan, pengacaraan, nyanyian dan perniagaan. Saya seorang yang kuat bekerja dan saya tidak boleh duduk diam tanpa membuat apa-apa.

“Menyanyi ini salah satunya, selepas ini mungkin ada lagi lagu terbaharu daripada saya dalam bidang ini,” katanya lagi.

Selepas mendirikan rumah tangga pada 7 Julai lalu, rezekinya bertambah murah kerana kini dia sedang sibuk di set penggambaran dokumentari bertajuk Dia Pertama di mana Anis selaku pengacara yang akan menemuramah individu yang telah memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang tertentu.

Sebelum bergelar pelakon dan penyanyi, Anis telah memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Bernama TV(Bernama News Channel) daripada tahun 2008 hingga 2010.

Benarlah kata orang, rezeki ada di mana-mana sahaja. Cuma kita sahaja sebagai manusia yang malas dan hanya menanti rezeki bergolek ke kaki. -MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori