ALAHAI… Saban hari, ada sahaja berita mengenai gejala sosial yang melibatkan kalangan remaja termasuklah mereka yang masih di bangku sekolah.
Nak menangis rasanya tengok perangai budak-budak sekolah sekarang ini yang bermacam-macam rupa.
Mana taknya, masih di sekolah lagi sudah pandai melakukan seks serupa lagak orang dewasa. Tak senonoh betul!
Kisah ini bermula apabila seorang netizen dikenali sebagai Mohd Fadhli melontarkan pandangan berkaitan video yang menjadi tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Berdasarkan screenshot daripada video itu, ia memaparkan aksi dua orang pelajar sedang melakukan ‘lancapan’ di sebuah taman permainan yang tidak didedahkan lokasinya.
Susulan perkara itu, netizen berkenaan dilihat telah mengkritik kesibukan pendidik yang dikatakan lebih mementingkan kecemerlangan akademik berbanding pembentukan sahsiah diri melalui posting tersebut.
Hasil tinjauan kami di Mynewshub mendapati lelaki berkenaan juga sempat menukilkan sebuah coretan yang bertajuk, ‘Guru Mangsa, Murid Tidak Tentu Hala’.
Coretan berkenaan dilihat mendapat reaksi yang pelbagai daripada anggota masyarakat apabila ramai pula yang mengecam individu tersebut.
Hal ini kerana individu berkenaan didakwa seolah-olah meletakkan sepenuhnya beban kesalahan pada guru semata-mata.
Bagaimanapun, Mohd. Fadhli menerusi posting yang berikutnya menjelaskan bahawa kenyataan itu telah disalah tafsir.
Jelasnya, teguran yang diberikan itu tidaklah bermaksud hanya menuding jari kepada bahu guru.
Sebaliknya, ia hanya sekadar lontaran cadangan dan pandangan terhadap terhadap adat pendidikan di sekolah masa kini.
Perkongsian lelaki itu secara tidak langsung telah membuka mata ramai pihak berhubung gejala tersebut.
Ia sekali gus menyedarkan para ibu bapa yang begitu sibuk mengejar kecemerlangan anak-anak sehingga memandang enteng hal berkaitan pembentukan sahsiah.
Terdapat sebuah riwayat ada menyatakan:
Daripada Abu Dzar RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila zaman (Kiamat) semakin hampir, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada yang lebih tua, dan tidak ada rasa kasih sayang kepada yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai, sehingga laki-laki menyantap perempuan di jalanan, mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.” (Riwayat Thabrani dan Hakim)
Jadi, fikir-fikirkanlah ya… – MYNEWSHUB.CC/AM