Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jawatankuasa Teliti Gejala Sosial...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa ditubuhkan bagi meneliti...

Jam Tangan Tiruan Pelbagai...

BUTTERWORTH - Sejumlah 1,363 jam tangan pelbagai jenama tiruan dirampas dalam pemeriksaan Pejabat...

Bauksit: Tindakan Proaktif SPRM...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini memuji tindakan proaktif...

Jururawat Guna Kereta Klon,...

KUALA LUMPUR - Keterujaan seorang jururawat lelaki membeli kereta terpakai dengan harga murah...

Skandal Seks: Pegawai Kanan Istana Thailand Dipecat

BANGKOK -Seorang pegawai kanan istana Thailand dipecat kerana melakukan ‘perbuatan keji’ termasuk mengadakan hubungan sulit dan memaksa kekasih gelapnya menggugurkan kandungan.

Ia merupakan kejadian jenayah terbaharu melibatkan pembantu itu diberhentikan di bawah pemerintahan Raja Maha Vajiralongkorn.

Vajiralongkorn, 65, yang menaiki takhta setahun lalu selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej, dilaporkan memecat beberapa pegawai istana berpengaruh dari era pemerintahan lalu.

Dalam kejadian terbaharu, Distorn Vajarodaya pegawai kanan yang kerap dilihat bersama mendiang Bhumibol pada hujung pemerintahannya dilaporkan Gazet Diraja lewat semalam dilucutkan semua jawatan.

Selain itu, beberapa salah laku disenaraikan termasuk mengadakan hubungan sulit, memaksa kekasihnya menggugurkan kandungan sebelum memaksa wanita itu mengahwini lelaki lain selepas hamil kali kedua.


Distorn turut dituduh ‘menggunakan nama Raja untuk mengelak pembayaran cukai dalam mengimport kenderaan asing’ bagi menggantikan kereta diraja yang mengalami kerosakan. – AFP/myMetro Online

Kategori