SIAPA sangka perkenalan yang dimulakan dengan pertolongan orang tengah, akhirnya sudah menjadi disatukan didalam satu ikatan yang sah. Semuanya telah dirancang rapi oleh Maha Pencipta.
Rupa-rupanya pelakon Ummi Nazeera telah menjadi ‘punca’ Izara Aishah jatuh dalam ‘perangkap’ yang dibuat oleh Ummi beberapa tahun yang lalu.
Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin atau dikenali sebagai Ummi, telah membuka rahsia itu di akaun Instagram miliknya dengan mengatakan bahawa dia sudah menjadi orang tengah buat Adib Khalid yang ketika itu sudah jatuh hati dengan kecantikan dan kesopanan yang dimiliki Izara.
Pelakon yang berusia 27 tahun itu memberitahu bahawa ketika kejadian, Adib telah memintanya untuk bercakap yang baik-baik sahaja mengenai dirinya kepada Izara ketika konsert ibu tirinya, iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Saya mahu mengambil kredit kerana memperkenalkan Izara kepada Adib!!! Hahaha… Awak hutang dengan saya @adib_khalid! Adib merupakan teman zaman kanak-kanak dan kami sekelas di tingkatan satu dan dua.
“Kemudian kami sekelas lagi ketika menyambung pengajian di Universiti RMIT, Melbourne dan dia bertanya, ‘Ummi, awak datang ke konsert Mak Iti malam ini bukan? Tolong cakap yang baik-baik tentang saya pada Izara. Saya mahu kenal dengannya’,” tulisnya di ruangan caption.
Dalam masa yang sama, Ummi juga memberitahu bahawa sejurus konsert itu tamat, pihak media pula yang salah faham kerana menganggap Adib merupakan kekasih hatinya.
Amboi Adib… Gigih tau dia sampai call Ummi untuk tanyakan sama ada dia akan hadir pada konsert terebut atau tidak.
Akhirnya hubungan cinta yang mereka layari itu berakhir dengan perkahwinan yang sangat meriah pada Jumaat lalu.
Jadi anda semua, mungkin boleh gunakan trick Adib ni untuk pikat sesiapa. Tapi pastikan orang tu single ya. Bukan orang lain punya. Nanti jadi satu hal pula kalau ambil hak orang lain.
Semoga persahabatan antara Ummi, Adib dan Izara akan berpanjangan kerana budi baik Ummi itu pasti akan mereka kenang sampai bila-bila. – MYNEWSHUB.CC/AH