Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video: Aksi ‘Spiderman’ Panjat...

GELAGAT seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman berdiri di atas sebuah kereta polis...

Hasrat Penumpang Bawa Bakso...

Sekurang-kurangnya 100 bungkus bakso ikan dan pelbagai makanan ringan khas dari Kota Malang...

Resepi Serunding Udang Kering,...

APABILA menjelangnya hari raya, rasanya tak lengkap sekiranya di atas meja makan tiada...

Pakej Internet Berkelajuan Tinggi...

Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi...

Suriani Ahmad Dilantik Ketua SU KPWKM Baharu

PUTRAJAYA – Datuk Suriani Ahmad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang baharu menggantikan Datuk Dr Rose Lena Lazemi bermula Jumaat ini (3 Nov).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pemilihan Suriani yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Kawalan dan Penguatkuasaan), Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas yang dimilikinya.

“Berpengalaman dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan antarabangsa, keselamatan selain berpengalaman mengendalikan rundingan di peringkat serantau dan antarabangsa,” kata Ali dalam satu kenyataan berhubung pelantikan itu hari ini.

Suriani yang berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana dalam bidang Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 21 Mac 1994.


Selain berkhidmat di KDN, Suriani juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertahanan dan Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di Bahagian Dasar dan Penyelarasan Rundingan FTA, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Dalam pada itu, Ali turut merakamkan penghargaan kepada Rose Lena atas sumbangan dan khidmat baktinya sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha KPWKM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KPWKM

Kategori