Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lisa Surihani Pilih Keluarga...

MASIH merindui suasana di lokasi penggambaran, Lisa Surihani akui dia 'kalah' dengan komitmennya...

Badan Akan ‘Seram Sejuk’...

WALAUPUN telah menjadi penyiasat selama lebih 20 tahun, namun tugas menyiasat tragedi pesawat AirAsia...

Hujan Lebat Diramal Berterusan...

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan,...

Pengasas WikiLeaks Diberi Kerakyatan...

QUITO - Ecuador akhirnya memberi taraf kerakyatan kepada pengasas WikiLeaks, Julian Assange selepas...

Survey: Majoriti Peminat Yakin Fattzura Dah Nikah!

SPEKULASI yang menyelubungi status hubungan Fattah Amin dan Nur Fazura berputar hangat apabila mereka dikhabarkan sudah bernikah 3 hari sebelum berangkat ke kota suci Makkah bagi menunaikan umrah pada 17 November lalu.

Tidak ‘kasihan’ langsung kepada masyarakat yang kini semakin excited dengan kemungkinan cinta lokasi mereka akhirnya termeterai di jinjang pelamin, kedua-kedua hero dan heroin siri Hero Seorang Cinderella ini mengumumkan bakal mengadakan sidang akhbar khas sekembalinya mereka dari umrah.

Dalam debaran menanti pengesahan rasmi yang bakal dibuat pada Khamis, 23 November ini oleh pasangan yang dikatakan sudah berkahwin pada 14 November lalu, kami di Mynewshub sempat membuat tinjauan ‘kilat’: adakah mereka sudah atau sebenarnya belum berkahwin?

Melalui survey di Facebook kami, keputusan setakat ini menunjukkan 3/4 atau 75% daripada 1,300 orang peminat pasangan ini yakin bahawa kedua-duanya sememangnya sudah melangsungkan pernikahan!

Ini bermaksud setakat ini, sebanyak 975 orang amat yakin dan pasti Fattzura sudahpun mempunyai ikatan yang sah sebelum menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Wow!

Bagaimanapun, semalam (Selasa) ibu aktres Gol & Gincu itu seakan-akan mengesahkan perkahwinan anaknya dengan Fattah.

Baca: Terlepas Cakap, Ibu ‘Kantoi’ Hubungan Fattah, Fazura?

Sebuah klip video memaparkan ibu Fazura mendoakan agar jodoh anak-anaknya berkekalan.


“Mama nak doakan semoga jodoh anak-anak berkekalan,” kata Fadhillah Nasir (ibu Fazura) menerusi klip video yang tular itu.

Rakaman berkenaan secara tidak langsung dilihat bagaikan menguatkan lagi spekulasi status pasangan berkenaan yang dikatakan sudah ‘bernikah’.

Memetik sumber, Fadhillah berkata demikian ketika ditanya oleh pengurus Fattah iaitu Sakirin Shak sewaktu keberadaan mereka di Jabal Rahmah pada 15 November lalu.

Jadi adakah kenyataan Fadhillah itu memainkan peranan penting dalam keputusan tinjauan kami?

Tunggu saja pengesahan oleh Fattah dan Fazura esok! – MYNEWSHUB.CC

Kategori