Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

‘Tiada Ruginya Jika Ramai...

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa ibunda...

Nora Danish Dan Nedim...

KALAU dilihatkan aktiviti Nora Danish selain sibuk dengan pelbagai aktiviti seni seperti lakonan...

Isu Air Selangor: Bekas...

KUALA LUMPUR - ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œPeguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal iniƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā.Itu reaksi...

Terowong Smart Atasi Banjir...

KUALA LUMPUR - Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) yang telah...

Suspek Tikam Anggota Keluarganya Direman 7 Hari

SEREMBAN – Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluarganya iaitu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh, Norhaidi Mat Yusop, semalam, direman selama tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban Siti Huzaifah Abdul Talib, di Mahkamah Khas (Reman) Seremban, di sini.

Terdahulu, suspek berusia 31 tahun itu, dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna ungu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi semalam, suspek dan Norhaidi, 40, dikatakan telah bergaduh di rumah ibu mereka di Taman Bunga Sejati, Rantau, dekat sini.

Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan telah menikam mangsa di bahagian belakang badan dengan pisau di halaman rumah.


Mangsa yang cedera parah terus dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Dalam kejadian itu, polis telah merampas senjata iaitu sebilah pisau serta sebatang besi penggali tanah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

Kategori