Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Ini Boleh...

Kisah ini mungkin kedengaran pelik dan amat mengerikan, namun tidak pada lelaki ini.Seorang...

Laporan Penuh Siasatan MH370...

PUTRAJAYA - Laporan penuh siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dibentangkan kepada...

Malaysia Perlu Perkukuh Sistem...

LANGKAWI - Perkembangan teknologi pertahanan terkini mewajarkan Malaysia menilai semula keupayaan sistem pertahanannya...

ICA Sita 2,041 Karton...

SINGAPURA - Sebanyak 2,041 karton dan 60 peket rokok tidak dijelaskan cukai dirampas...

Suu Kyi: Pendusta Diplomatik & Penipu Dunia

PADA Sidang Asean + 4 di Manila kelmarin, Myanmar memaklumkan beberapa tindakan drastik. Terutama kesanggupan menyelesaikan isu Rohingya. Antaranya, menghentikan segera operasi tentera di Rakhine dan menguruskan kembalinya 610 ribu pelarian Rohingya dari sempadan Bangladesh.

Percayalah! Ini satu penipuan diplomatik. Ini taktik bagi mengabui mata dunia. Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi bijak mengendalikan tekanan antarabangsa. Di pentas diplomatik, ketika berdepan pemimpin serantau dan dunia, Suu Kyi tahu – dia harus bijak mengendalikan persepsi politik.

Sikap hipokrit Suu Kyi perlu diawasi dan difahami. Janji palsunya akan menjadi penebat, bagi mengelakkan perhimpunan ketua-ketua negara Asean dan rakan ekonomi utama ini, tidak menjadi pentas tekanan politik terhadap Myanmar.

Realitinya, dua laporan PBB yang dikeluarkan semalam, membuktikan hal sebaliknya sedang berlaku di Rakhine. Pembantaian etnik, pembunuhan kejam dan kejadian rogol terhadap etnik Islam Rohingya disahkan berlaku secara berleluasa.

Agensi Berita AFP melaporkan, Pemerhati Hak Asasi Manusia melaporkan kekejaman junta tentera Myanmar terus berleluasa sejak krisis bermula pada 2012.

Tentera Myanmar menyembelih etnik Islam Rohingya, membakar mereka hidup-hidup dan diperkosa beramai-ramai termasuk kanak-kanak perempuan. Ini antara kandungan dalam dua laporan siasatan dua pertubuhan yang menampilkan bukti penghapusan etnik Rohingya di Myanmar.

Pemerhati Hak Asasi Manusia yang memfokus kepada penggunaan keganasan seksual dalam laporannya mengenai kempen tentera Myanmar, merumuskan amat banyak jenayah kemanusiaan berlaku.

“Rogol menjadi senjata dan keutamaan tentera Myanmar dalam kempen pembersihan etnik Rohingya.


“Perbuatan ganas tidak bertamadun tentera Myanmar membabitkan sejumlah besar wanita dan kanak-kanak sebagai mangsa,” kata penyelidik pertubuhan itu, Skye Wheeler, dalam laporan.

Laporan Fortify Rights berpangkalan di Asia Tenggara dan Muzium Peringatan Pembunuhan Beramai-ramai di Amerika Syarikat, menyatakan tentera Myanmar melakukan serangan sistematik yang menyeluruh terhadap etnik Rohingya antara 9 Oktober dan Disember tahun lalu serta sejak 25 Ogos tahun ini.

Laporan 30 muka bertajuk ‘Mereka cuba bunuh kami semua’ berdasarkan temuramah dengan 200 pelarian dan saksi serta pekerja agensi bantuan.

Semua kenyataan ini menjadikan ketrampilan Suu Kyi di pentas dunia hanya sebagai pembohong dan pendusta!

Malaysia harus terus bertegas. Sebenarnya tiada sebarang kebaikan sedang dijalankan Suu Kyi di Rakhine. Kecuali tampil di pentas diplomatik dengan kata-kata penuh dusta!

Kategori