Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekas Adun Bersatu Melaka...

Bekas Adun Bersatu Melaka, Noor Effandi Ahmad, memilih Amanah sebagai wadah baru politiknya.Ikuti...

Warga Emas Maut Sebelum...

KLUANG - Seorang warga tua yang dipercayai dalam perjalanan pulang untuk berbuka puasa,...

Pemohon Visa Ke AS...

WASHINGTON DC - Pentadbiran Rumah Putih meluluskan cadangan kepada setiap pemohon visa berkunjung...

3 Gimnas Gimrama Ke...

KUALA LUMPUR — Tiga gimnas terbaik yang akan menggalas cabaran negara dalam acara...

Syarikat India Akan Laksana Skim Kecekapan Tenaga

NEW DELHI – Sebuah syarikat sektor awam India akan melaksanakan skim kecekapan tenaga di Melaka dengan mengedarkan tiga juta mentol diod pemancar cahaya (LED).

Energy Efficiency Services Limited (EESL), yang terletak di bawah Kementerian Tenaga India dan syarikat berpangkalan di Malaysia, Green Growth Asia, mengumumkan kerjasama mereka di New Delhi untuk melaksanakan projek di Melaka itu.

EESL akan menawarkan isi rumah di Melaka kira-kira tiga juta mentol LED sembilan watt dengan separuh harga pasaran bagi menggantikan mentol lampu kalimantang 18 watt.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, yang menyaksikan pemeteraian perjanjian tersebut pada Rabu berkata, skim berkenaan dijangka menjimatkan RM30.66 juta bil elektrik pengguna setahun dan mengurangkan pelepasan 57,000 tan metrik karbon dioksida setahun.

“Berikutan impak dan kejayaan pelaksanaan program kecekapan tenaga di negara ini, kami teruja untuk bekerjasama untuk inisiatif masa depan ini,” katanya.


Ketua menteri bersama delegasi sebelum itu terbabit dalam forum antarabangsa mengenai bandar raya lestari di ibu negara India itu.
Idris berkata, skim mentol LED tersebut akan membantu Melaka mencapai sasaran dalam pembangunan mampan.

Melaka telah melancarkan beberapa projek dalam bidang seperti pengangkutan bandar, bangunan hijau, pengurusan air dan sisa serta kecekapan tenaga bagi menggalak pembangunan ekonomi mesra alam sekitar dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah iklim. – BERNAMA

Kategori