HARI keempat di Taipei City, udara pagi yang segar dan sejuk kerana hujan malam sebelumnya pasti akan dirindui sewaktu pulang ke tanah air nanti.
Selepas sarapan pagi di hotel, kami bergerak ke gedung fabrik iaitu Yong-Le Textile Market untuk memborong kain-kain bercorak menarik.
Baca: Taiwan Janjikan Pengalaman Berbeza
Juga: Terpegun Lihat Keindahan Yehliu Geopark Taipei
Fabrik di sini bukan sahaja banyak pilihan dan harga yang berpatutan, malah sangat berkualiti tinggi.
Di luar kompleks pusat tekstil tersebut, terdapat barisan kedai yang menjual makanan kering seperti buah-buahan,makanan laut dan herba-herba tradisional.
Menurut Leslie, pemandu pelancong kami, kawasan itu menjadi tumpuan kaum-kaum ibu di Taipei untul membeli kelengkapan masakan mereka untuk hidangan semasa musim perayaan.
Selepas itu, kami bergerak ke Vigor Kobo yang menjual produk-produk makanan ringan terkenal di Taiwan seperti kek kacang hijau, nougat kekacang dan kek tepung kacang hijau. Namun, produk yang paling terkenal sudah tentunya kek nanas.
Rasa pastrinya yang lemak dan rapuh,bersama-sama inti jem nanas yang kurang manis menjadikan kek ini begitu popular di Taiwan.
Jangan risau, kesemua pastri ini diiktiraf Halal oleh badan perakuan persijilan Halal Persatuan Cina Muslim Taiwan.
Rupa kek nanas itu adalah seperti di bawah ini, ihsan gambar daripada Wikipedia!
Jika gusar untuk membeli sebarang produk, kedai ini menyediakan sampel kuih-muih mereka untuk dicuba pengunjung.
Bagai orang mengantuk disorong bantal, laju sahaja kumpulan kami mencuba sampel produk-produk pencuci mulut yang lazat di situ!
Seterusnya, kami terus ke Chiang Kai-shek Memorial Hall yang terletak di pusat bandar Taipei.
Apa yang menarik tentang bangunan peringatan ini adalah struktur oktagon putih berbumbung biru yang menempatkan patung bekas presiden Taiwan ini.
Terdapat juga galeri,pusat pameran dan taman yang merangkumi kawasan berkeluasan beberapa ekar.
Setelah penat berjalan-jalan dan bergambar di Chang Kai-shek Memorial Hall, perut sudah mula berkeroncong. Jadi kami dibawa ke Halal Beef Noodles Restaurant yang menghidangkan mee daging yang begitu enak sekali.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan iman Masjid Taipei yang kebetulan berada di kedai itu.
Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, tiba masanya untuk terapi beli-belah!
Wu Fen Pu Wholesale Shopping District dibuka 7 hari seminggu dan kebanyakan kedai-kedai mula beroperasi sekitar tengah hari dan tutup selapas tengah malam. Bagaimanapun, pasar ini sudah semestinya menawarkan fesyen jalanan yang terbaru dengan harga borong.
Kebanyakan barangan di sini dijual dengan harga kurang daripada NT$500 (RM68). Seperti biasa, pembelian dalam kuantiti yang banyak sudah pasti mendapat diskaun istimewa dan jangan lupa menawar!
Oleh kerana hujan mulai lebat, kami dibawa ke restoran Taj Indian Curry House untuk makan malam.
Dekorasi kedai ini amatlah menarik sehingga ahli kumpulan kami turut menangkap gambar bagi mengabadikan kenangan di kedai ini.
Kami seterusnya bergerak pulang pada jam 8.30 malam untuk berehat. Puas betul kerana dapat shopping sakan!
Lawatan Muslim Tour Pesona Taipei ini dibawakan khas oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd.
Lagi: Promosi Hebat! Tawan Taiwan Dengan Harga Menarik
Jika anda teruja untuk meneroka bumi Taiwan dengan pakej Muslim, hubungi Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. di talian 03-91002101/03-91002004 atau mesejkan saja mereka melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-6912857/013-2560140.
Atau lebih senang, hubungi sahaja mereka di laman Facebook mereka di sini. – MYNEWSHUB.CC/SK