Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima...

MH17: “5 Tahun Kami...

KUALA LUMPUR - Penantian anggota keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang...

Gambar Kereta Honda Ikut...

BEBERAPA keping gambar memaparkan sebuah kereta Honda Stream menggunakan laluan motosikal sepanjang lebih...

Skuad Tok Gajah Semai...

KUANTAN - Lebih 500 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar di...

Tak Mahu Ikut Trend, Imran Percaya Karyanya Diterima

LAMBAKAN penyanyi kini yang semakin ramai bak cendawan tumbuh selepas hujan nampaknya tidak menggugat kedudukan penyanyi kelahiran Singapura ini.

Ahmad Imran Ahmad Husaini Ajmain atau lebih dikenali sebagai Imran Ajmain dikatakan enggan mengikut strategi artis ‘kelahiran’ YouTube pada masa kini.

Penyanyi berusia 36 tahun itu percaya bahawa sesebuah karya yang dihasilkan olehnya akan mendapat sambutan dengan cara memberikan naskah yang berkualiti untuk para pendengar.

Dia juga mengakui bahawa ada sesetengah pihak menyuruhnya memuat naik video lagu ‘cover’ seperti yang sering dilakukan penyanyi baharu masa kini.

“Ada sesetengah pihak meminta saya menyanyikan lagu asal penyanyi lain dan memuat naik video tersebut di laman YouTube. Cara tersebut sama seperti apa yang dilakukan oleh artis muda zaman sekarang dan bertujuan untuk mencari peminat serta pengikut baru.

“Saya rasakan saya tidak mampu untuk menurut permintaan itu kerana saya percaya dengan kekuatan lagu. Dengan sebuah karya yang berkualiti bersama cara pemasaran yang betul, peminat sendiri akan menghargai naskah yang dikeluarkan,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.


Terkini, Imran telah muncul dengan lagu baharu hasil gandingan bersama penyanyi bersuara lunak, Najwa Mahiaddin.

“Saya dan Najwa berkolaborasi menjayakan sebuah lagu berjudul Sentiasa Merinding. Paduan vokal kamu bersatu dalam lagu yang kami ciptakan sendiri bersama Az Avex Azman.

“Selepas lama tidak muncul dengan buah tangan terbaru, sudah pastinya saya dan Najwa berdebar menunggu penerimaan pendengar. Semoga peminat dapat menerima lagu Sentiasa Merinding,” katanya lagi.

Imran telah melibatkan diri dalam industri hiburan selama hampir sepuluh tahun dan lagu Seribu Tahun sering menjadi kegemaran peminatnya kerana lagu itu seperti ada satu aura yang menyentuh hati pendengar. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori