Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

50 Rumah Projek Baiti...

MUAR - Pembinaan 50 buah rumah di bawah projek 'Baiti Jannati' (Rumah Ku...

Anwar Terima RM33,560 Ke...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima elaun minimum RM33,560 setiap bulan daripada kerajaan setelah menandatangi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik baru-batu ini yang menyaksikan beliau menerima taraf yang sama dengan seorang menteri.

Kes Kematian Akibat Demam...

KUANTAN - Kes kematian akibat demam denggi di Pahang mencatatkan peningkatan hampir 400...

Putera Charles Prihatin Cabaran...

GEORGE TOWN - Putera Charles menyuarakan keprihatinan baginda terhadap cabaran utama dalam...

“Takda Niat Lawan Pengantin, Tu Kehendak Izara” – Farah

ORANG kalau dah cantik, pakai baju tidur pun tetap nampak cantik juga. Lagi pula bila dah pakai sedikit makeup, baju lawa sikit okay cun! Bertambah-tambah cantiknya!

Semalam, kecoh kononnya pelakon cantik jelita drama Titian Cinta, Farah Nabilah ingin ‘caras’ gelaran pengantin daripada sahabat baiknya, Izara Aishah apabila dia turut mengenakan busana berwarna putih ketika majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat lalu.

Baca: Busana Menyerlah, Farah ‘Overshadow’ Pengantin?

Menurut Farah, dia diminta oleh Izara sendiri untuk menjadi pengapit dan turut memakai busana berwarna putih ketika hari kejadian.

Yelah, kalau pengapit perempuan dengan lelaki sedondon pakai warna putih, kan cantik bila nak ambil gambar. Barulah nampak naik seri tu bila semua sama warna dekat atas pelamin.

“Bukan saya yang minta atau sengaja nak warna baju sama dengan pengantin. Tapi ia adalah kehendak Izara sendiri.

“Dia nak nampak cantik, semua warna sama. Malah, bukan saya seorang sahaja pakai putih. Pengapit lelaki pun sama.

“Kalau lihat pelamin dan hiasan juga putih. Jadi, tidak ada istilah saya nak ‘overshadow‘ pengantin,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Bukan setakat pakaian Farah sahaja yang kena komen dengan netizen, malah persalinan Izara turut dikatakan ‘tak kena’ yang kononnya veil yang dipakai oleh Izara itu keras seperti roti tisu!


Amboi netizen, bukan main mulut tak jaga ya. Kata roti tisu lah apa lah. Ingat baju kahwin tu murah ke? Made by Rizalman okay!

Gambar yang menunjukkan busana Farah yang berwarna putih itu mula dipertikaikan oleh netizen selepas dimuat naik oleh salah seorang sahabat baik Izara iaitu Kilafairy.

Kononnya Farah sepadan dengan pengantin lelaki sebab pakai baju warna putih. Alahai netizen oihhh.. Biasalah tu kalau pakai warna putih. Kan warna putih melambangkan kesucian.

Lagipun Farah memang dah semula jadi cantik. Kalau dia tak pakai baju warna putih waktu majlis pernikahan Izara tu pun rasanya dia tetap akan nampak cantik juga kot. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori