Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Perkhidmatan Doktor ‘Selfie’ Mungkin...

PUTRAJAYA - Doktor wanita yang merakam gambar selfie di sebuah hospital di Johor...

Justo: Siasatan Menjurus Cubaan...

SHAH ALAM - Pasukan penyiasat dalam kes bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre...

Merokok 100 Batang Sehari,...

BAGI pengikut dunia hiburan Bollywood pastinya mengetahui bahawa pelakon terkenal Datuk Shahrukh Khan...

Jumlah Jemaah Haji Terengganu...

KUALA NERUS - Jumlah jemaah haji dari Terengganu meningkat kepada 2,739 orang tahun...

Tanah Runtuh, Banjir Di Indonesia Ragut 19 Nyawa

JAKARTA – Tanah runtuh dan banjir yang dicetuskan oleh siklon di perairan wilayah Jawa Timur, Indonesia, setakat ini mengorbankan 19 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Seramai 15 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan empat lagi disebabkan bencana banjir masing-masing di daerah Pacitan dan Kabupaten Bantul di Yogyakarta, kata jurucakap agensi pengurusan bencana kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Banjir turut menenggelamkan ribuan rumah di wilayah itu, katanya.

“Ramalan cuaca mengatakan Siklon Tropis Cempaka akan bergerak dari Indonesia pada Khamis, tetapi masih meninggalkan kesan angin kencang, gelombang besar di Jawa dan Bali,” katanya kepada Xinhua.


Siklon yang melanda pada Selasa itu, dengan kelajuan 65 kilometer sejam dan berpusat di 32 kilometer di selatan dan tenggara wilayah Jawa Timur.

Ia menyebabkan angin kuat, tanah runtuh dan banjir di 28 daerah serta bandar di pulau Jawa dan Bali, kata Sutopo.
Tambahnya, bantuan kecemasan telah digerakkan melibatkan tentera, polis serta pasukan mencari dan menyelamat termasuk sukarelawan. – BERNAMA

Kategori