Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Artikel Presiden PAS Timbul...

KUALA LUMPUR - Satu artikel bertajuk "Wajib Bersama Jemaah Islam" tulisan Presiden PAS,...

Hanez Suraya Akui Suami...

SEMENJAK mendirikan rumah tangga, pelakon Hanez Suraya sudah jarang kelihatan muncul dalam mana-mana...

Festival Filem Malaysia Amal...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan pengasingan pencalonan filem yang menggunakan...

Barang Keperluan Asas Di...

SHAH ALAM - Bekalan barangan keperluan asas di Selangor sepanjang bulan Ramadan dan...

Tarif Gas Sektor Bukan Tenaga Disemak Semula Berkuat Kuasa 1 Jan

KUALA LUMPUR – Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan semakan semula tarif gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 1 Jan, 2018 hingga 30 Jun, 2018.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Gas Malaysia berkata syarikat mendapat kelulusan daripada kerajaan melalui surat daripada Suruhanjaya Tenaga bertarikh 28 Nov, 2017.

“Kerajaan telah menetapkan kerangka kerja Kawal Selia Berdasarkan Insentif (IBR), yang menetapkan tarif asas (BT) untuk tempoh kawal selia tiga tahun mulai Januari 2017 dan membenarkan perubahan dalam kos gas dilepaskan melalui mekanisme Kos Gas Dilepaskan (GCPT) setiap enam bulan, “ katanya.

Purata gas asli BT ditetapkan pada RM30.90 satu juta Unit Termal British (MMBtu) bagi tempoh bermula Januari hingga Jun 2018 selaras dengan pengumuman Gas Malaysia pada 28 Dis, 2016.

Selain itu, di bawah mekanisme GCPT, surcaj sebanyak RM1.62 bagi setiap MMBtu akan dikenakan kepada semua kategori tarif disebabkan oleh kenaikan harga gas asli cecair (LNG) berbanding harga rujukan dalam BT pada tempoh ini.

Ini diterjemahkan kepada tarif berkesan purata sebanyak RM32.52 setiap MMBtu.

Berkuat kuasa 1 Jan, 2018, pengguna jenis A atau pengguna kediaman akan dikenakan tarif asas yang disemak sebanyak RM22.30 setiap MMBtu daripada BT semasa pada RM20.23 setiap MMBtu.


Bagi pengguna jenis B yang menggunakan sehingga 600 MMBtu setahun, tarif asas yang disemak semula berkuat kuasa 1 Jan, 2018 pada RM28.78 setiap MMBtu berbanding BT sedia ada pada RM26.11 MMBtu.

Bagi penggunaan gas tahunan sebanyak 601 hingga 5,000 MMBtu, tarif asas yang disemak berkuat kuasa 1 Jan tahun depan ialah RM28.93 setiap MMBtu berbanding BT semasa pada RM26.25 setiap MMBtu, manakala bagi penggunaan gas tahunan 5,001 hingga to 50,000 MMBtu, semakan semula BT ialah RM29.22 setiap MMBtu berbanding BT sedia ada pada RM26.51 setiap MMBtu.

Penggunaan gas tahunan sebanyak 50,001 hingga 200,000 MMBtu, semakan tarif asas berkuat kuasa 1 Jan, 2018 ialah pada RM30.48 setiap MMBtu berbanding BT sedia ada pada RM27.66 setiap MMBtu dan bagi penggunaan gas tahunan sebanyak 200,001 hingga 750,000 MMBtu, semakan BT ialah RM30.48 setiap MMBtu berbanding BT semasa pada RM27.66 setiap MMBtu.

“Walaupun semakan tarif berkenaan tidak memberi kesan terhadap operasi perniagaan syarikat, adalah dijangka ia akan menyumbang secara positif kepada kedudukan kewangan syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2018,” kata Gas Malaysia. – Bernama

Kategori