Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PKR Turut Tidak Puas...

KUALA LUMPUR - Isu lima wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau...

PAS Seru Rakyat Tolak...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran supaya...

Bendung Kejadian Gangguan Seksual...

PUTRAJAYA - Keprihatinan dan sikap lebih berwaspada oleh ibu bapa dan keluarga haruslah...

Nancy Dahului Senarai 613...

KUANTAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri mengetuai senarai 613...

“Tawaran Watak Tak Sesuai, Saya Mahu Cabar Diri” – Tam

TUBUH badannya yang kecil sering membuatkan dirinya terikat dengan watak remaja daripada dahulu sehingga kini.

Bagi pelakon drama rantaian kegemaran ramai pada tahun awal 1990-an dahulu menerusi drama Cili Api, Tam Suhaimi mengakui bahawa cabang seni lakonan bulan lagi menjadi keutamaan bagi dirinya.

Tambah Tam yang kini sudah berusia 38 tahun, dia mengakui bahawa sering menghadapi masalah apabila ditawarkan watak yang tidak cabar kemampuan dirinya yang sudah cebur diri dalam dunia seni sejak 1986 lalu.

Disebabkan hal itu, dia terpaksa beralih arah dengan bekerja di balik tabir, termasuk menjadi pengarah. Sehingga kini, Tam malah sudah berjaya mengarah lebih daripada 15 buah drama dan telefilem.

“Tawaran berlakon masih diterima, tetapi kebanyakannya mahu saya membawa watak remaja. Jika watak yang diberikan sama seperti 20 tahun lalu, di mana lagi cabarannya?

“Mungkin tubuh kecil membataskan saya untuk mendapat watak matang dan menguji. Kali terakhir saya muncul dalam telefilem Mama Zumba, dua tahun lalu.

“Itupun selepas dipaksa Liyana Jasmay. Dia juga pelawa saya untuk berlakon dalam filem sulung terbitan syarikat produksinya, Mermaid Studios berjudul Bella & Jamie, katanya dipetik BH Online.

Tam mengakui bahawa dia mula mengarah sejak tahun 2013 menerusi drama Nur Islam, yang merupakan terbitan stesen Tv3.

Bagi Tam, berada di balik tabir bukanlah suatu perkara yang asing bagi dirinya kerana dia sudah melakukan pekerjaan itu semenjak berusia 26 tahun lagi.

Dia juga pernah diberi kepercayaan oleh Erma Fatima, Bade, Aziz M. Osman dan Melissa Saila untuk menjadi penolong pengarah bagi produksi terbitan mereka.


“Aziz juga pernah mencabar saya untuk menulis skrip, namun hanya pada tahun 2013, baru saya berani melangkah ke dunia pengarahan,” katanya.

Baru-baru ini, salah satu telefilem arahannya, Menantu Material telah tersenarai senagai finalis Anugerah Skrin 2017 menerusi kategori Drama Terbaik, namun telah tewas kepada karya Erma Fatimah, Pesan Dari Tuhan.

“Secara peribadi, ia pencapaian terbesar kerana saya bersaing dengan nama berpengaruh dan jauh lebih berpengalaman. Sudah lama saya tidak menerima undangan ke acara itu, membuatkan saya tidak menyangka mampu melangkah sejauh itu,” tambahnya lagi.

Telefilem Menantu Material menampilkan Janna Nick dan Nazim Othmam sebagai pelakon utama dan Tam sendiri terpaksa bersaing dengan beberapa lagi senarai panjang untuk memasuki Top 5.

Sekaligus pencalonan itu telah memberikan semangat kepadanya untuk meneruskan lagi menghasilkan karya yang terbaik.

Tam juga pernah diiktiraf sebagai Pengarah Komedi Terbaik TV menerusi telefilem Pengancam Perkahwinan pada Anugerah Lawak Warna 2014.

Selepas ini, telefilem terbaharu arahamnya, Cinta Tanpa Syarat bakal menemui penonton tak lama lagi. Telefilem itu telah dibintangi oleh Elfira Loy dan Harris Baba. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori