Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

121 Peneroka Gagal Dapat...

PUTRAJAYA - Sebanyak 121 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 gagal dalam tuntutan...

Empat Nelayan Thai Ditemui...

BACHOK - Empat nelayan warga Thailand ditemui selamat, manakala seorang masih hilang selepas...

Wanita Tak Tau Malu,...

DALAM era telefon berkamera ini, berhati-hatilah dengan cara pemakaian anda jika tidak mahu...

Waris Setuju 5 Mangsa...

IPOH - Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di...

Tegur Etika Wartawan, Metro ‘Perli’ Neelofa-Fazura?

TANPA wartawan hidup kita bagaikan “katak dalam tempurung” dan tanpa mereka juga sudah pasti suatu kejadian itu tidak dapat diketahui oleh masyarakat.

Mana taknya, hanya dengan duduk sahaja kita dah dapat tahu peristiwa yang sedang berlaku di setiap pelusuk dan belahan dunia.

Sebelum ini kita dihebohkan dengan berita mengenai pelakon terkenal, Neelofa dilaporkan telah menegur seorang wartawan sebuah portal hiburan terkemuka, Harian Metro.

Ia melibatkan tindakan wartawan berkenaan yang dianggap tidak beretika kerana mengeluarkan satu artikel bertajuk, ‘Neelofa Malas Mau Layan’ berhubung isu pernikahan pasangan Fattah dan Fazura.

BACA : Neelofa ‘Sound’ Wartawan, Kenapa Pula Tu?

Susulan insiden itu, akhbar berkenaan dilihat ‘menegur’ kembali serta meluahkan rasa kecewa terhadap perangai pelakon cantik berkenaan.

Berikut adalah perkongsian portal berkenaan :

Bukan hanya Neelofa malah pelakon jelita, Nur Fazura dikhabarkan turut terkena tempias teguran tersebut.


Ia berhubung luahan rasa kesal yang dilontarkan oleh Fazura terhadap tindakan pihak media yang merakam dan menyiarkan rumah neneknya kepada umum.

Hmmm…Tak tahu nak komen apa. Tapi, bukankah wartawan dan artis itu saling bergantung antara satu sama lain?

Tanpa wartawan, siapalah artis dan tanpa artis sudah pasti sunyi dunia hiburan. Tak gitu? Jadi, rasanya kerjasama yang baik di antara kedua-dua belah pihak amat diperlukan.– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori