Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pesawat Dinaiki Bintang Baharu...

LONDON - Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan,...

Kastam Rampas Dadah Bernilai...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah bernilai RM2.17 juta...

Cef Fikree Jalin Hubungan...

KUALA LUMPUR - Cef selebriti, Cef Fikree Aznan dihambat kontroversi kononnya menjalinkan hubungan...

Pakatan Harapan Cemas Najib...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan cemas dengan penjelasan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib...

Terengganu Bakal Tubuh TFC Urus Bola Sepak Negeri

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu bakal menubuhkan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd yang akan menjadi badan utama menguruskan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), di masa hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata TFC akan memainkan peranan penting dalam mendapatkan sumber kewangan persatuan tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan peruntukan daripada kerajaan negeri.

“Syarikat ini pada mulanya akan berada di bawah kerajaan negeri tapi kelak akan mampu bergerak sendiri…mereka juga akan menguruskan persatuan, pengurusan stadium, pembangunan bola sepak, pengurusan pemain dan jurulatih.

“Pada Januari depan juga, kerajaan negeri akan membangunkan sebuah asrama atlet berhampiran Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang bernilai RM100 juta bagi memberi kemudahan kepada pengoperasian stadium di samping menggalakkan TFC Sdn Bhd mencari keuntungan mereka sendiri,” katanya pada sidang media pada Kongres Tahunan PBSNT 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata penubuhan TFC dilihat mampu memudahkan persatuan mengadakan program pembangunan bola sepak serta menguruskan pelbagai perkara berkaitan jurulatih.

​​​​Ahmad Razif yang juga Presiden PBSNT, berkata pihaknya juga bersetuju menaikkan peruntukan bantuan kepada ahli gabungan PBSNT di setiap daerah iaitu dari RM5,000 kepada RM50,000.


“Bantuan yang akan kita berikan pada tahun hadapan ini adalah untuk belanjawan pengurusan serta untuk program mencari bakat-bakat tempatan di daerah masing-masing.

Di samping itu juga saya juga telah arahkan ahli gabungan kita mengenal pasti padang utama di setiap daerah untuk dinaik taraf agar dapat menjalankan program-program pembangunan bola sepak secara bersepadu dan PBSNT akan memantau mereka,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori