Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Akta Barang Lusuh Perlu...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sekali lagi menggesa agar Akta Barang Lusuh 1946...

AirAsia Ikrar Sokongan Bantuan...

KUALA LUMPUR – Pengendali penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengumumkan syarikat itu akan menyokong...

Polis Buru Suspek Samun...

SEREMBAN - Polis sedang memburu lima lagi suspek bagi membantu siasatan kes samun...

Polis Tahan Sepasang Kekasih,...

IPOH - Polis menahan sepasang kekasih dan merampas 1.12 kilogram dadah jenis ketamin...

Terengganu Tawar Pelupusan Percuma Al-Quran Rosak

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu bersedia membantu pihak berkuasa agama Pulau Pinang melupuskan al-Quran atau kitab-kitab suci rosak akibat banjir yang melanda negeri itu sejak minggu lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata ia akan dilakukan secara percuma menerusi kepakaran dan peralatan dimiliki Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Kita sedia maklum apabila berlaku banjir besar sudah tentu ada masjid dan pusat-pusat pengajian Islam ditimpa musibah banjir dan semestinya ada kitab-kitab suci al-Quran yang rosak.

“Jadi, kita bersedia membantu proses pelupusan tersebut secara percuma (kepada kerajaan Pulau Pinang), mereka hanya perlu tanggung kos pengangkutan,” katanya kepada pemberita selepas Program Pelupusan Kiub Abu al-Quran ke laut di perairan Pulau Kapas di sini hari ini.

Ghazali dalam pada itu, menasihatkan pihak pengurusan masjid, surau dan pusat pengajian Islam di negeri ini agar sentiasa meletakkan al-Quran di tempat tinggi dan jauh daripada musibah banjir bagi memelihara keselamatan dan kesuciannya.


Anggota Dewan Undangan Negeri Ajil itu berkata sebanyak 19 tan kiub abu al-Quran telah dilupuskan sepanjang tahun ini.

“Sementara hari ini, tiga tan kiub abu al-Quran dilupuskan ke laut pada kedudukan kira-kira 10 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dan kedalaman 31 meter,” katanya.

Pelupusan abu al-Quran dalam bentuk kiub itu adalah kali kedua diadakan sejak proses pelupusan dilakukan JHEAT pada 2012. – BERNAMA

Kategori