PEJAM celik, sudah tiga hari rupanya lawatan rombongan pakej Muslim Tour Pesona Taiwan kelolaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. sudah berlangsung.
Baca: Taiwan Janjikan Pengalaman Berbeza
Tak rasa masa itu berjalan kerana hari-hari kami sememangnya dipenuhi dengan aktiviti menarik.
Selepas sarapan pagi di hotel, kami bergerak ke Yehliu Geopark iaitu antara lokasi terindah yang mana terdapat kira-kira 20 bentuk batu karang di pesisir pantai yang terletak di daerah Wanli.
Formasi batu-batan yang unik ini terhasil daripada pukulan gelombang air laut, angin dan cuaca serta pergeseran kerak bumi.
Apa yang menakjubkan adalah, rupa bentuk batu karang di sini benar-benar menyerupai objek-objek familiar seperti kepala permaisuri, ular tedung, cendawan dan kepala naga kerana dikatakan mirip bentuk tersebut
Oleh kerana terdapat jarak masa yang singkat untuk ke destinasi seterusnya, kami pulang ke hotel semula untuk solat Zohor dan makan tengah hari.
Seterusnya, kami bergerak ke salah satu tarikan bersejarah yang pasti akan memukau pengunjung iaitu Fort San Domingo yang terkenal dengan seni bina Sepanyol.
Dibina pada tahun 1628 ketika Taiwan di bawah jajahan Sepanyol, bangunan berusia lebih 300 tahun itu diangkat sebagai bangunan paling bersejarah di negara itu dan menjadi rebutan para penjajahnya.
Perebutan terhadap bangunan itu turut menyaksikan Fort San Domingo ditukarkan kepada nama Fort Antonio pada tahun 1644 oleh Belanda.
Ketika di bawah penaklukan Belanda, monumen tersebut digelar pula sebagai Red Hair Castle oleh penduduk tempatan yang menyamakannya dengan rambut orang Belanda yang kebanyakannya berwarna perang.
Seterusnya, kami telah ke Tamsui Fisherman Wharf yang terkenal kerana pemandangan matahari terbenam yang indah serta pilihan makanan laut yang segar.
Di samping itu, kawasan ini masih lagi berfungsi sebagai pelabuhan untuk bot nelayan.
Tak rugi kalau ke Fishermans Wharf Tamsui kerana anda akan teruja dengan senibina Jambatan Cinta (Love Bridge) di sini.
Kalau anda ke Taipei, wajib singgah di Tamsui Fishermans Wharf ini kerana ianya merupakan lokasi yang cantik dan punyai tarikan pelancongannya yang tersendiri.
Selepas makan malam yang lazat di Bismilla Muslim Restaurant, kami terus bergerak ke pusat beli-belah dan bazar-bazar fesyen di Ximending.
Kawasan shopping district ini mirip Dongdaemun di Seoul dan lebih moden serta komersil. Yang menariknya, kawasan ink dibuka sepanjang hari, tidak terhad kepada waktu malam sahaja.
Di situ nanti, pengunjung yang gemar berfesyen bukan sahaja dapat membeli pakaian atau aksesori mengikut perkembangan semasa dengan harga berpatutan, tetapi juga dapat mencuci mata, melihat kumpulan remaja atau dewasa bergaya dengan fesyen jalanan yang cukup menarik.
Di samping itu, terdapat juga street food yang unik kepada budaya di Taiwan seperti teh peria, kuih berinti daun bawang dan mee tiram segar.
Tapi, kalau setakat baca sahaja tentang keseronokan Taipei ini tidak memadai. Apa kata anda cuba lihat dan rasai sendiri keunikannya!
Juga: Promosi Hebat! Tawan Taiwan Dengan Harga Menarik
Hubungi Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. di talian 03-91002101/03-91002004 atau mesejkan saja mereka melalui aplikasi WhatsApp di talian 012-6912857/013-2560140.
Atau lebih senang, hubungi sahaja mereka di laman Facebook mereka di sini.-MYNEWSHUB.CC/SK