Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Peguam Negara Nafi Bincang...

PETALING JAYA - Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini berkata, beliau tidak berbincang...

Lelaki Hebat Ketuk Kepala...

DARWIN : Seorang pemilik pub bertindak berani apabila mengetuk kepala buaya dengan kuali...

7 Pemancing Diselamat Ekoran...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamat tujuh orang pemancing termasuk...

PR Tuntut Harga RON95...

Walaupun kerajaan telah mengumumkan pengapungan terkawal harga runcit bahan bakar RON 95 dan...

Thailand Umum Barisan Kabinet Baharu

BANGKOK – Raja Maha Vajiralongkorn memperkenankan barisan kabinet baharu Perdana Menteri Jen Prayuth Chan-o-cha, sebagaimana diumumkan dalam Warta Diraja malam tadi.

Dalam barisan baharu itu, Perdana Menteri Thai itu menggugurkan dua timbalannya, Laksamana Narong Phiphatthanasai dan Jen Thanasak Patimapragorn dan menaikkan Jen Chatcai Sarikanya, yang sebelum ini merupakan Menteri Pertanian dan Koperasi menjadi timbalan perdana menteri.

Prayut mengekalkan Jen Prawit Wongsuwan, Somkid Jatusripitak, Ketua Marsyal Udara Prajin Juntong and Wissanu Krea-ngam sebagai timbalan perdana menteri.

Prawit akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Pertahanan sementara Prajin diberikan tanggungjawab tambahan selaku Menteri Kehakiman.

Dalam barisan kabinet baharu ini, Thailand akan mempunyai lima timbalan perdana menteri berbanding enam sebelum ini.


Perdana Menteri juga menggantikan Menteri Perdagangan Apiradi Tantraphon dengan timbalannya Sonthirat Sonthirawong sementara menggugurkan Timbalan Menteri Pertahanan Jen Udomdej Sitabutr dalam barisan kabinet baharu itu.

Jawatan Udomdel itu akan diambil alih oleh Jen Charnchai Kangmongkol.

Prayut tidak membuat sebarang perubahan pada portfolio kewangan, pengangkutan dan hubungan luar. – BERNAMA

Kategori