Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jerebu: 298 Sekolah Ditutup...

KUCHING - Sebanyak 298 sekolah di lapan daerah di Sarawak di tutup hari...

Kerajaan Komited Bina Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited...

Fad Bocey, Isteri Bakal...

RASANYA ramai yang sudah maklum bahawa isteri kepada pelawak Fab Bocey iaitu Syeera Rahman...

Dayangku Intan Mula Nyanyi...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Dayangku Intan yang mendermakan ginjal kepada suami, September lalu,...

Tiada Calon SPM, STPM Terkandas Akibat Banjir

KOTA BHARU – Sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di Kelantan berjalan lancar meskipun sebahagian kawasan dilanda banjir, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Muhammad Zahari Othman.

Muhammad Zahari berkata persiapan awal telah dilakukan bagi memastikan semua calon tidak terkandas daripada menduduki dua peperiksaan penting itu.

“Kita telah membuat persiapan sebelum ini melalui mesyuarat bersama dengan agensi kerajaan lain, badan bukan kerajaan dan pihak sekolah termasuk menempatkan pelajar lebih awal di asrama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata sesi peperiksaan juga telah berakhir di kebanyakan sekolah, namun tiada pusat pembelajaran yang terbabit dengan kedua-dua peperiksaan itu dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

​​​​​​​Seramai 31,376 orang calon menduduki SPM di Kelantan membabitkan 273 pusat peperiksaan manakala 14,193 pelajar menduduki STPM di 59 pusat peperiksaan yang bermula serentak 6 Nov lepas.


Dalam perkembangan lain, Muhammad Zahari berharap orang awam tidak menularkan berita yang tidak tepat berhubung peperiksaan tersebut termasuk dakwaan terdapat pelajar terpaksa menaiki bot untuk hadir menduduki peperiksaan di negeri ini.

“Perkara itu tidak benar. Setakat ini tiada kes sebegitu berlaku di negeri ini walaupun kebanyakan kawasan telah dinaiki air,” katanya. – BERNAMA

Kategori