Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Nad Zainal Umum Kahwin...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon cantik, Nad Zainal yang akan mendirikan rumah tangga pada...

Sultan Mizan Tarik Diri...

KUALA LUMPUR - Hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan sendiri Sultan Terengganu, Sultan Mizan...

Pasangan China Bersanding Pada...

SEPASANG pengantin dari China tampil dengan idea berbeza dan unik untuk mengabadikan majlis...

Rakyat M’sia Bekerja Di...

MARAN - Kementerian Sumber Manusia meminta rakyat Malaysia yang bekerja di Yaman supaya...

Tiada Lagi Masalah Air, Elektrik Di Sabah Jika Projek Ditadbir Baik

KOTA KINABALU – Tiada lagi masalah bekalan air bersih dan elektrik di Sabah terutama di kawasan pedalaman sekiranya pelaksanaan projek infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) ditadbir dengan baik semasa diterajui Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan semasa menegaskan perkara itu berkata Mohd Shafie tidak seharusnya menutup kelemahan beliau semasa mentadbir KKLW dengan membabitkan pihak lain bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

“Beliau (Mohd Shafie) tidak sepatutnya menggunakan imuniti Parlimen untuk menuduh (Ketua Menteri Sabah) Tan Sri Musa Aman atau mana-mana pihak lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan presiden Parti Warisan Sabah itu yang kini cuba mengaitkan projek Loji Rawatan Air Sungai Intan di Semporna yang sedang disiasat SPRM dengan ketua menteri.

Abdul Rahman berkata KKLW semasa diterajui Mohd Shafie tidak memberitahu kerajaan negeri mengenai perancangan kementerian itu di Sabah, dan ketua menteri pernah memberi komen berhubung perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan di peringkat persekutuan.


“Perkara itu sangat diketahui bukan sebab beliau (Mohd Shafie) disiasat, (tetapi) ramai orang mempertikai projek-projek KKLW (semasa diterajui beliau). Jika (projek) KKLW (ketika itu) berjalan dengan baik, (seharusnya) tidak ada lagi masalah bekalan air dan elektrik di Sabah,” katanya.

Mohd Shafie sebelum ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah yang dianggarkan bernilai RM1.5 bilion.

Anggota Parlimen Semporna itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan dua penjamin tempatan dan RM80,000 deposit. – BERNAMA

Kategori