Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Udang Goreng Butter Yang...

Sarang Telur:2 biji kuning telur 1 senduk butter/margerin 1 cawan minyak masakPukul ringan kuning telur. Panaskan...

545 Saman Dikeluarkan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 545 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op...

AirAsia Perkenal Pas Dan...

KUALA LUMPUR - AirAsia memperkenalkan 'Pas ASEAN AirAsia' dan 'Pas+ ASEAN AirAsia' dalam...

Aidilfitri: SADA Selesaikan 80%...

ALOR SETAR – Semua aduan pengguna mengenai gangguan bekalan air di Kedah sepanjang perayaan Aidilfitri ini dapat diselesaikan...

Tiada ‘Malam Pertama’ Buat Raf, Mawar Rashid

“TIADA yang paling mendebarkan selain saat mengalami malam pertama”. Itulah tanggapan orang ramai mengenai malam pertama.

Seakan-akan tiada kata yang cukup untuk menulis mahupun mentafsir saat indah yang sering ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pasangan pengantin baharu.

Memang tidak dapat dinafikan, apabila bercakap tentang malam pertama sudah pasti kaum wanita antara yang paling sibuk menyediakan sesuatu.

Ia termasuklah pemilihan pakaian dan jenis wangian yang sesuai dipakai ketika malam yang ‘bersejarah’ itu.

Namun, berlainan pula dengan pasangan ini apabila harapan pemilik nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob untuk bertemu isterinya, Mawar pada malam pertama berakhir dengan sesuatu yang tidak disangka!

Baca: Mawar Rashid Sah Bergelar Isteri Kepada Raf Yaakob

Haaa? Apa agaknya yang tidak disangka itu ya? Hmmm…

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Raf menceritakan detik indah yang dinanti bertukar ‘hambar’ apabila sebaik sahaja sampai di bilik hotel dia mendapati isteri dan anak sulungnya sudah nyenyak tidur.


“Malam Jumaat EXPECTATION vs REALITY. Selepas je nikah, Raf masuk bilik cepat-cepat salin baju. Sempat snap gambar katil pengantin yang romantic tu. Lepas itu terus rushing ke Stadium Panasonic. Ada game penting with @o2fc for #SCL2017.

We won 1-0! Lepas game sanggup tak join makan-makan dengan players sebab nak balik kat isteri tercinta. Drive laju-laju from Shah Alam to KL.


“Sampai je bilik, tengok @mawarashid and @rayyanchanelaraf DAH TIDO 😑 Hmmm hampeh. Raf pun tidur terus. Kbye. #Hambar #TiadaMalamJumaat #MalamPertama1Raf0 #MawaRafNikah,” tulisnya menerusi gambar berkenaan.

Hasil tinjauan Mynewshub menerusi Instagram milik Raf, perkongsian yang  menerima lebih daripada 25,000 likes itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata antara mereka terhibur dengan cerita pendek itu sekali gus menganggap mereka pasangan yang romantis dan serasi.

Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat disatukan dengan hanya sekali lafaz sekitar pukul 3.20 petang pada 9 November lalu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori