Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pemandu Treler Maut Dalam...

KEMALANGAN membabitkan tiga buah kenderaan menyebabkan seorang maut di Kilometer 38.5 Lebuh Raya...

Samsung Galaxy S6 Akan...

Blog rasmi Samsung iaitu Sammobile telah mengesahkan bahawa generasi telefon pintar Galaxy S...

Dakwa Kerajaan Tiru Pembangkang...

KOTA BELUD - Dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk...

Siasatan Kes Polis Iring...

GEORGE TOWN – Polis telah menyelesaikan siasatan kes video tular yang menunjukkan dua...

Tiada Pencemaran Air Kumbahan Banjir Di Utara

LUMUT – Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini, kata Ketua Operasi Wilayah Utara Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Hussain Omar.

Beliau berkata kedudukan tangki yang tinggi merupakan antara faktor pencemaran air sisa kumbahan dapat dielakkan di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.

Mengambil ikhtibar daripada kejadian itu, Hussain berkata pihak IWK kini meletakkan kesemua loji yang terlibat sebagai loji berisiko bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk jika kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“IWK memang meletakkan beberapa loji di dalam negara sebagai loji berisiko kerana terletak di kawasan banjir, namun kesemua loji di tiga negeri itu pertama kali terlibat dalam bencana banjir.

“Kita belajar daripada kejadian tersebut supaya kita dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya selepas ini selain menjimatkan kos kerugian dengan melindungi peralatan mekanikal yang penting,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan Taman Samudera di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Hussain berkata sebanyak 53 loji mengalami kerosakan kecil yang mana 45 daripadanya terletak di Pulau Pinang, enam di Sungai Petani, Kedah dan masing-masing satu di Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak.

“Bagaimanapun, kesemua loji terbabit tidak mengalami kerosakan yang besar seperti melibatkan panel kawalan sebaliknya hanya beberapa kerosakan kecil seperti struktur bangunan, pagar dan dinding.


“Kerosakan lain termasuk beberapa peralatan akibat daripada ribut petir yang melanda dan ia perlu dibaik pulih segera bagi memastikan proses kerja selepas ini tidak terganggu,” katanya dan menambah IWK menanggung kerugian sebanyak RM200,000 kerana perlu membaiki semula kerosakan.

Dalam pada itu, Hussain berkata pengguna kini mula sedar mengenai peranan IWK dengan membayar bil mereka secara konsisten berdasarkan penilaian yang mendapati peningkatan dalam kutipan bil.

“IWK perlu lebih berusaha mendekati masyarakat supaya mereka tahu peranan dan tanggungjawab kita dalam memastikan kehidupan mereka bersih dan selamat,” katanya. – BERNAMA

Kategori