Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Siapa Kata Semua Menteri...

INILAH RUMAH MENTERI SAYAApabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah...

Polis Giat Kesan Suspek...

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas...

Kaitan TRX Dengan 1MDB...

KUALA LUMPUR – Perkembangan baharu dan keyakinan antarabangsa terhadap projek Tun Razak Exchange...

Warga Asing Banjiri Kota...

KUALA LUMPUR - Sikap tidak bertanggungjawab warga asing yang bekerja di negara ini...

Tiada Unsur Penderaan Pada Video Tular

KUANTAN – Polis mengesahkan tiada unsur penderaan berlaku dalam rakaman video seorang wanita menampar anaknya di Taman Mahkota Emas di sini, yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata wanita tersebut tampil memberi keterangan semalam selepas menyedari rakaman berkaitan kejadian itu tular dan mendapat kecaman netizen.

“Tiada unsur penderaan dan apa yang berlaku ialah salah faham dalam keluarga. Doktor juga mengesahkan kanak-kanak yang berusia tiga tahun itu tidak mengalami kecederaan,” katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini, seorang wanita dirakam menampar anaknya sebanyak dua kali sehingga menangis selepas kanak-kanak itu berkeras mahu mengikutnya, walaupun setelah dimarahi dan diarah untuk masuk ke rumah.

Video berdurasi kira-kira 50 saat itu yang dipercayai dirakamkan oleh penduduk di taman itu juga menunjukkan kanak-kanak itu seakan-akan diheret ke pintu belakang kereta dan diarahkan masuk sebelum kedua-dua mereka beredar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

Kategori