Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Twitter Gantung Terus Akaun...

TERKINI :Twitter gantung terus akaun Presiden Donald Trump atas kebimbangan ia akan menjadi pencetus lebih banyak keganasan.Ia dikatakan mencabuli polisi Intigriti Sivik Twitter.Akaun dengan 88 juta pengikut itu asalnya digantung selama 12 jam pada hari Rabu.Trump didakwa menggunakan platform media sosial itu untuk mengecam Naib Presiden, Mike Pence ketika penyokongnya menyerbu Capitol.

Baddrol Bakhtiar Tak Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Muhd. Farhan Roslan tidak jadi...

Dengan Payung Ini Dijamin...

LAZIMNYA setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak...

Angin Kencang, laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan keadaan laut bergelora di perairan Kelantan, Terengganu,...

Timbalan Pengarah Operasi JKKP Johor Ditahan SPRM

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Operasi) Johor kerana disyaki bersubahat dalam meminta serta menerima wang rasuah daripada seorang pengurus projek syarikat kejuruteraan petroleum.

SPRM dalam kenyataan di sini berkata suspek yang berumur 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 11.00 malam tadi bagi membantu siasatan.

Susulan penangkapan itu pasukan penyiasat telah menyerbu tiga lokasi berlainan di sini dan menjumpai wang tunai berjumlah RM40,400 dan Singapura Dollar 1,613 serta merampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan.

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM 8,000 daripada pengurus projek tersebut melalui seorang pegawai JKKP yang ditahan sebelum ini sebagai dorongan untuk tidak diambil tindakan terhadap syarikat itu yang memasang Mesin Angkat (Grip Hoist) tanpa mendapat kebenaran daripada JKKP.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a)Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM 10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.


Pengarah SPRM Johor Dato Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek telah dihadapkan ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.

Pada 31 Okt lalu, seorang Penolong Pengarah JKKP Johor ditahan pada 2.40 petang di sebuah hotel di Johor Bahru kerana disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM30,000 daripada pengurus projek itu. – BERNAMA

Kategori