Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RUU 355 Dedah Kepuraan...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU...

1,853 Tuntutan Buruh Majikan...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 1,853 tuntutan buruh berhubung kegagalan majikan membayar gaji minimum...

7 Rumah P.Pinang Markas...

KEPALA BATAS - Enam buah rumah dan sebuah markas PAS di Kampung...

Ronaldo Perkenal Bayi Kembarnya...

CRISTIANO Ronaldo telah mengesahkan bahawa dia kini adalah bapa kepada pasangan kembar kebetulan...

TLDM, APMM Selamatkan Bot Nelayan Tempatan

BERUAS – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan sebuah bot nelayan tempatan yang terapung pada kedudukan 70 batu nautika di barat laut Pulau Pangkor, Rabu lalu.

Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM Kapten Azman Rabani berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu melalui aplikasi kesedaran, keselamatan, komuniti maritim (K3M) kira-kira 12 tengah hari pada hari kejadian.

Katanya sejurus selepas itu Kapal Diraja (KD) Kasturi dan helikopter Super Lynx digerakkan ke lokasi tersebut dan tiba kira-kira 1.30 tengah hari sebelum mendapati bot tersebut berada dalam keadaan terapung tanpa dikawal.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut mengalami kerosakan jentera utama dan tiada awak-awak di atas bot.

“Pemilik bot yang membuat laporan kemudiannya dihubungi, mengesahkan kesemua tiga awak-awak dan seorang tekong bot warganegara Thailand telah menyelamatkan diri dengan menaiki bot nelayan tempatan berdekatan,” katanya pada sidang media di jeti pelantar ikan di sini, hari ini.

Azman berkata operasi yang turut melibatkan sebuah pesawat APMM Bombardier CL 415 itu kemudiannya mengiringi bot nelayan tersebut ke pelantar ikan di Pantai Remis.

Sementara itu, pemilik bot, Khor Hooi Chin mendakwa botnya diganggu oleh bot agensi penguatkuasaan maritim asing sebelum mengalami kerosakan sehingga menyebabkan tekong serta tiga awak-awaknya bertindak menyelamatkan diri dengan menaiki bot nelayan tempatan lain.


Beliau kemudiannya menerima maklumat mengenai insiden yang menimpa bot itu menerusi seorang tekong bot lain sebelum mendapatkan bantuan pihak berkuasa melalui aplikasi K3M bagi membawa pulang botnya yang berada di perairan ke pelantar ikan.

“Saya sangat berterima kasih dengan kecekapan pihak TLDM dan APMM yang pantas menyelamatkan bot saya kerana jika tidak sudah tentu bot saya itu ditarik ke perairan negara,” katanya.

Khor berkata kejadian tersebut merupakan kali ketiga berlaku ke atas bot miliknya termasuk sebuah bot diletupkan oleh pihak berkuasa negara jiran, manakala sebuah lagi terkandas di Indonesia.

“Cuma kali ini memang bernasib baik terutama selepas kewujudan K3M dengan bantuan TLDM dan APMM, jika tidak saya terpaksa menanggung kerugian hampir RM1 juta,” katanya. – BERNAMA

Kategori