Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gebenor Jeneral New Zealand...

SEPANG - Gobernor Jeneral New Zealand, Dame Patsy Redy berlepas pulang hari ini...

Harga Minyak Naik Atau...

KUALA LUMPUR - PAS membidas pihak pihak yang terlupa untuk mengupas tentang fakta...

Kaunter Bayaran DBKL Ditutup...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan penutupan kaunter bayaran...

Keputusan Rayuan Ke Universiti...

PUTRAJAYA - Keputusan permohonan rayuan UPUOnline untuk kemasukan ke Program Pengajian Asasi dan...

TNB Buat Persediaan Pelapasan Air Empangan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah membuat persediaan di semua empangan hidroelektrik miliknya menjelang musim tengkujuh ini.

Ia bertujuan memastikan proses pelepasan air di empangan itu dilakukan secara terkawal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset), Bahagian Penjanaan TNB, Ir. Roslan Abd Rahman berkata, persediaan itu termasuk latihan pengungsian yang dilakukan TNB bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi berkaitan.

“Selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir.

“Dengan kapasiti menakung air di hulu sungai, empangan-empangan kami dapat mengelakkan bencana lebih besar daripada berlaku di kawasan hilir setiap kali musim tengkujuh tiba,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Roslan dalam pada itu turut menegaskan kesemua empangan hidroelektrik milik syarikat utiliti nasional itu sedang beroperasi berada dalam keadaan baik dan selamat.

Empangan-empangan hidroelektrik TNB terletak di Tasik Kenyir, Terengganu, Cameron Highlands, Pahang dan Sungai Perak, Perak. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TNB

Kategori