Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

TLDM Perintis Sijil Ikrar...

KUALA LUMPUR - Dalam memantapkan strategi memerangi rasuah dan meningkatkan urus tadbirnya, Tentera...

MUDA Cerminan Agenda Politik...

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengesahkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Akibat Tamak, Lelaki Dibunuh...

China – Akibat tamak, seorang lelaki mati dalam keadaan ngeri dengan diracun dan...

Bimbang Dimarahi Baju Kotor,...

KUANTAN - Hanya kerana bimbang dimarahi akibat baju kotor, seorang remaja dikhuatiri lemas...

Toleransi, Terima Kepelbagaian Formula Aman

KUALA LUMPUR – Sikap toleransi dan penerimaan kepada kepelbagaian yang diamalkan rakyat merupakan formula utama kepada keamanan serta kestabilan politik di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Beliau berkata sikap itu menjadi tunjang kepada negara yang utuh, berwibawa dan dihormati di kalangan negara lain.

“Perjalanan untuk menjadi negara yang dihormati bukanlah suatu perkara mudah malah, tiada jalan pintas. Saya percaya amalan sikap tersebut yang dimiliki rakyat negara ini telah membawa kita ke tahap ini hari ini.

“Kita bijak menangani setiap cabaran supaya tidak berlarutan sehingga boleh menimbulkan konflik yang menjejaskan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Toleransi Sedunia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Kurup berkata menerusi sikap toleransi, penerimaan dan kesederhanaan yang menjadi titik penyatuan rakyat di negara ini, ia bukan sahaja mencerminkan sifat mulia malah memartabatkan maruah diri setiap rakyat Malaysia.

Bagi memantapkan lagi budaya amalan murni itu, katanya Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menjalankan pelbagai program di seluruh negara termasuk forum, minggu perpaduan dan penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian antara Penganut Agama.


Mengulas mengenai jawatankuasa itu, beliau berkata ia ditubuhkan pada 2010 dengan dianggotai 13 wakil agama, 19 wakil akademik, badan bukan kerajaan (NGO) agama serta sosial dan belia.

“Kesemua program ini bertujuan mempromosikan toleransi selain membolehkan kita melihat bagaimana rakyat negara ini berkomunikasi antara satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin berkata pihaknya menyambut baik program seumpama itu diadakan di UIAM memandangkan ia bersesuaian dengan pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Selain mengadakan program, beliau berkata pihak universiti mempraktikkan unsur kepelbagaian menerusi penempatan pelajar secara bercampur dari pelbagai negara di setiap mahalah (kolej) bagi membolehkan setiap pelajar merasai sendiri kepelbagaian budaya selain mengamalkan sifat hormat menghormati. – BERNAMA

Kategori