Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Simpanan Air Mentah Empangan...

Putrajaya : Empangan Malut di Kedah merupakan satu-satunya empangan yang masih menunjukkan penyusutan...

Chun Yong Puji Persembahan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih negara, Chiew Chun Yong memuji persembahan anak buahnya dalam...

Syarikat LPG Dihadapkan Ke...

KLANG - Sebuah syarikat pemegang lesen borong Gas Petroleum Cecair (LPG) dihadapkan di...

Wanita Tikam Rakan Sekerja...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita yang menikam rakan sekerja kerana tidak berpuas...

“Tolong Jangan Kutuk Dia, Saya Pun Terasa Juga” – Amira

CUBIT paha kiri, paha kanan turut terasa. Begitu juga bagi Amira Othman yang turut terasa hati bila ada individu yang mengutuk adiknya turut merupakan seorang penyanyi baharu, Irfan Harris.

Irfan Haris, 16, mula dikenali sejak dia memasuki program Ceria Pop Star pada tahun lalu.

Terbaharu, nama Irfan mula naik apabila dia muncul dengan single terbaharunya yang bertajuk Redha dan Pesan.

Sudah menjadi asam garam sebagai selebriti, pasti setiap langkah dan gerak gerinya akan dikritik oleh netizen.

Oleh itu, sebagai kakak, Amira mengakui bahawa dia akan terasa hati jika terdengar ataupun membaca mana-mana komen yang menghentam serta mengkritik adiknya menerusi laman sosial.

“Jujur, saya memang tak boleh dengar kalau ada yang kritik adik di depan saya. Jangan kutuk dia depan saya.

“Memang kalau saya terbaca komen negatif tentang Irfan saya akan terasa hati dan sensitif sebab dia adik bongsu kesayangan saya,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Namun, itu tidak bermaksud dia tidak dapat menerima sebarang kritikan negatif yang melanda adiknya. Tapi itu merupakan perkara biasa jika ianya melibatkan ahli keluarga sendiri.

Yelah, siapa je yang tak marah kalau ahli keluarganya dikutuk sesuka hati kan?

“Hakikatnya dia masih remaja dan baru lagi berkecimpung dalam bidang seni dan masih banyak perkara yang belum dia faham mengenai selok-belok dunia hiburan.


“Kalau saya ‘kebal’ lagi rasanya tetapi mungkin dia masih belum boleh terima atau menghadam semua perkara negatif diperkatakan tentangnya dengan hati terbuka,” tambah Amira yang popular dengan lagu Jaga-Jaga.

Dalam masa yang sama, sebagai kakak dan selebriti yang senior dalam bidang seni bagi adiknya, dia sentiasa menasihati Irfan agar mengelakkan diri daripada membaca mana-mana komen negatif di laman sosial.

Amira juga sering mengingatkan kepada Irfan bahawa setiap komen negatif yang ditulis merupakan pandangan mereka sahaja dan dia tidak perlu membacanya jika tidak mempunyai kekuatan.

“Ia adalah lumrah ada orang suka kita dan sebaliknya. Saya ingatkan juga bahawa setiap kata-kata negatif itu sebenarnya yang buat kita kuat dan lebih baik,” ujarnya lagi.

Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Amira itu. Kadang kala memang ada golongan netizen yang gemar memberi komen negatif semata-mata untuk menjatuhkan selebriti.

Lagi-lagi Irfan sekarang masih lagi dibangku sekolah. Jangan sampai emosi dan pelajaran terganggu pula hanya disebabkan komen negatif yang dilemparkan ya. -MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori