Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Hina Speaker: 3 Wakil...

PADAH BIADAB... Tiga ahli parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham...

Ahli Farmasi Berperanan Didik...

GEORGE TOWN - Ahli farmasi boleh memainkan peranan dalam mendidik orang awam tentang...

Pemimpin Pemuda UMNO Pro...

HEBAH diperkatakan di media sosial kini tentang isu berkaitan sekumpulan pemimpin Pemuda UMNO...

Aril AF7 Akui Trauma...

MENGHANTAR anak ke pusat jagaan sering menjadi pilihan ibu bapa yang bekerjaya, tetapi...

TPM Gesa Diaspora Cina Global Melabur Di Malaysia

HONG KONG – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesa diaspora Cina global untuk melabur di Malaysia.

“Saya berharap, lebih ramai pelabur Hong Kong akan mempertimbangkan Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan dan menggunakan Malaysia sebagai batu loncatan ke negara lain di ASEAN, terutama dengan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong.

“Kami boleh menjadi gerbang anda ke pasaran ASEAN yang bernilai US$620 juta dengan gabungan keluaran dalam negara kasar US$2.3 trilion, menjadikan ASEAN ekonomi ketujuh terbesar dunia,” katanya kepada peserta Sidang Kemuncak Ekonomi Cina Sedunia Kesembilan di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu juga mengulangi penghargaan kerajaan terhadap masyarakat Cina di Malaysia.

Menurutnya, Cina Malaysia telah memberi banyak sumbangan kepada pembangunan ekonomi Malaysia sejak 60 tahun lalu dengan terbabit dalam semua bidang kehidupan dan telah mencapai kejayaan cemerlang dalam semua aktiviti.


Sdiang kemuncak dua hari bertema ‘Mengurus Ketidaktentuan Global: Meneroka Peluang Baharu’ itu telah mengumpul pemimpin kerajaan, perniagaan dan ahli akademik untuk memperingati dan meraikan ulang tahun ke-20 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Hong Kong akan melengkapi Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN. – BERNAMA

Kategori