AMMAN – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Rabu membatalkan lawatan mengejutnya ke zon bebas tentera (DMZ) akibat cuaca buruk, lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik laporan agensi berita Yonhap.
Terdahulu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in terbang ke sempadan lebih awal ketika cuaca dalam keadaan baik dan menunggu ketibaan Trump.
Lawatan ke DMZ, yang membahagikan dua negara di Semenanjung Korea, dicadangkan oleh Moon semasa pertemuan pada Selasa, menurut seorang pegawai.
Sementara menunggu cuaca baik, Trump kembali semula ke pangkalan Tentera AS Yongsan Garrison, untuk berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan.
Semua presiden AS sejak Ronald Reagan, melawat ke DMZ kecuali George Bush yang mengadakan lawatan ketika berkhidmat sebagai naib presiden. – BERNAMA