Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

102,436 Dos Penggalak Diberi...

KUALA LUMPUR : Sebanyak 102,436 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar...

Pelukis Perkenal Seni ‘Rare’...

SEORANG pelukis dari Armenia yang dikenali dengan nama Edgar telah menghasilkan satu gabungan kreatif...

NGO Malaysia Antara Terawal...

KUALA LUMPUR: Pakistan memuji tindak balas pantas Malaysia, yang menjadi antara negara terawal...

Mohon Peruntukan Gerak Pusat...

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan khas dalam Bajet 2018 bagi...

Tubuh J/kuasa Khas Kaji Pindaan Akta Pemegang Amanah

PUTRAJAYA – Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan meminda Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata menerusi kajian itu, jawatankuasa di bawah tanggungjawab Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri tersebut mengambil inisiatif menambah baik rangka kerja pengawalseliaan sedia ada.

Kajian itu antara lain melihat kemungkinan Akta 258 digantikan dengan akta baharu yang merangkumi cadangan pindaan berkaitan aspek pemantauan, tadbir urus serta dasar yang lebih jelas mengenai pemerbadanan pemegang amanah organisasi bukan berasaskan keuntungan (NPO) atau yayasan berbentuk kebajikan di negara ini, katanya.

“Pelaksanaan amalan tadbir urus terbaik merupakan infrastruktur sokongan yang penting untuk setiap yayasan kekal relevan dan mampan dalam melaksanakan objektif penubuhannya.

“Ia mungkin nampak mudah untuk dilaksanakan, namun pengurusan yayasan berdepan dengan cabaran tertentu dan terdedah kepada ruang menyalahgunakan tabung amanah bagi kepentingan tertentu,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kebangsaan NPO 2017, di sini hari ini.


Beliau berkata kajian pindaan terhadap Akta 258 yang diperkenal sejak 1952 itu adalah satu usaha pencegahan oleh kerajaan dalam memastikan penubuhan sesebuah yayasan tidak lari daripada berpaksikan rakyat serta mencegah penyalahgunaan tabung amanah.

Azlina berkata hasil laporan jawatankuasa khas itu akan dibentangkan beliau kepada kabinet kelak untuk pertimbangan dan kelulusan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat akan datang. – BERNAMA

Kategori