Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

48 Orang Disahkan Maut...

TEHRAN - Pesawat penumpang Iran terhempas ketika sedang berlepas di Lapangan Terbang Mehrabad,...

Mesin Bantuan Hayat Yazit...

KUALA LUMPUR - Abang kepada pemain dram Search Yazit Ahmad iaitu Zahid Ahmad...

Kunjungan PM Naikkan Semangat...

PEKAN - Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumah pesakit cerebral palsy,...

PM Tonjol Sikap Terpuji...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonjolkan sikap terpuji...

Tubuh Pasukan Khas Tangkis Fitnah Media Sosial

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan menubuhkan pasukan media sosial bagi mengekang fitnah dan berita yang tidak benar mengenai parti itu serta isu berkaitan kerajaan pusat yang disebarkan pihak tertentu menerusi media sosial.

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata penubuhan pasukan itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat selain tidak terpedaya dengan sebarang tohmahan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

“Kita akan lancarkan pasukan media sosial ini dalam waktu terdekat…buat masa ini kita telah mempunyai 16 petugas yang akan memantau segala berita dan isu berkaitan parti dan kerajaan.

“Pasukan ini akan memberi penjelasan dan penerangan berhubung sesuatu isu, selain menangkis fitnah dan berita yang sengaja diputar belit pihak tertentu untuk menjatuhkan imej parti dan kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis bual bicara bersama pemimpin Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Selangor di sini, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi LPP Tan Sri Zainal Dahlan dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mengingatkan pemimpin masyarakat supaya meneliti sesuatu berita palsu dan fitnah yang diterima melalui laman sosial.


“Mereka yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat seharusnya memberi penerangan kepada anak buah masing-masing supaya tidak keliru dan tertipu dengan pelbagai dakyah pihak tertentu yang sering memanipulasi maklumat bertujuan mengelirukan rakyat.

“Ini kerana kita tidak mahu penyebaran berita palsu dan fitnah yang memburukkan kerajaan serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semakin berleluasa,” katanya. – BERNAMA

Kategori