Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang 60 km/j...

KUALA NERUS – Angin kencang timur laut berkelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j)...

Gadis 15 Tahun Dirogol...

SUBANG JAYA - Tindakan seorang gadis berusia 15 tahun menerima pelawaan tiga lelaki...

Mufti Ingatkan Umat Islam,...

KOTA KINABALU - Mufti Sabah kembali mengingatkan umat Islam bahawa aktiviti tarian dan senamrobik...

Bekalan Mata Wang Asing...

KUALA LUMPUR - Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (MAMSB) memberi jaminan bekalan mata...

Tubuh Pasukan Petugas Pantau Sekolah Tahfiz

KUANTAN – Kerajaan negeri telah menubuhkan satu pasukan petugas melibatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi keselamatan bagi memantau tahap keselamatan dan keselesaan premis kira-kira 70 maahad tahfiz di negeri ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ia merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi mengelakkan kejadian seperti di Maahad Tahfiz Ittifaqiah, di Taman Keramat berlaku di negeri ini.

“Kerajaan negeri memandang serius kepada insiden seumpama itu dan telah meminta kerjasama PBT serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang bagi membuat pemantauan berkala ke premis tahfiz dan pondok.

“Satu Mesyuarat Penyelarasan Isu-isu Keselamatan Premis Bangunan Maahad Tahfiz dan Pondok-pondok Negeri Pahang telah diadakan pada 6 Okt lalu, yang dianggotai bersama beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP) bagi membincang serta menyelaras isu berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Seri Pahang di sini hari ini bagi menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar) mengenai tindakan kerajaan negeri bagi mengelak kejadian kebakaran di pondok tahfiz berlaku di negeri ini.

Adnan (BN-Pelangai) berkata selain itu, kesemua insitusi berkenaan juga perlu mempamerkan sijil atau perakuan pendaftaran serta keselamatan di premis masing-masing.


Selain itu, katanya satu program pemutihan juga akan dijalankan ke atas sekolah-sekolah tahfiz dan pondok sama ada berdaftar atau tidak berdaftar bagi mengemas kini data dan maklumat terkini terutama berkaitan keselamatan bangunan.

“Data lengkap yang sedang dikemas kini akan diedarkan kepada semua PBT daerah untuk makluman dan tindakan sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori