Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Amuk Ditahan,...

HANYA kerana permintaannya untuk tidur di balai polis tidak dilayan, seorang pemuda bertindak...

PRN: Mahfuz Lawan Radhi...

Alor Setar : Pertembungan satu lawan satu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk...

Terbukti Benar Kata-Kata Mahathir...

DULU Tun Dr. Mahathir Mohamad terkenal dengan kata-kata hikmat "Tidak ada kawan dan...

Pingat Badminton Bukan Di...

KUALA LUMPUR - Sandaran pingat bagi sukan badminton di Rio de Janeiro tidak...

“Tumbuklah, Tumbuk… Kau Tak Kenal Siapa Aku Lagi”

KECOH pengguna media sosial bercerita mengenai tindakan seorang pemandu Proton Saga BLM bersikap seperti samseng jalanan hanya kerana perselisihan faham yang boleh dielakkan.

Kejadian pelik tersebut dipercayai sempat dirakamkan oleh mangsa pada 9 November lalu sebelum menjadi tular menerusi media sosial, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang di Kilometer 34.4 Lebuhraya Senai Utara, mangsa yang memandu Perodua Myvi mendakwa telah dimaki hamun oleh lelaki berkenaan dengan menggunakan kata-kata kesat.

Malah, si lelaki tersebut cuba melakukan provokasi meminta agar ditumbuk mukanya pula.

“Semasa saya memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Senai Baru, apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, saya telah berhenti di lorong sebelah kanan.

“Tiba-tiba ada sebuah kereta jenis Saga BLM berwarna silver mendekati belakang kereta saya dengan rapat.

“Selepas itu, kereta tersebut telah berhenti di sebelah kereta saya dan menurunkan tingkap sebelah pemandu.

“Selepas bertanya kepadanya ‘Apa masalah?’, lelaki itu memaki hamun sebelum beredar meninggalkan kami,” dakwa mangsa seperti yang dipetik laman Facebook JB Traffic Report.


Namun secara tiba-tiba lelaki itu memberhentikan keretanya di bahu jalan dan kemudian cuba melakukan ugutan kepada mangsa dan seorang lagi lelaki dipercayai suaminya.

“Lelaki itu memberhentikan keretanya di persimpangan industri murni dan menghalang kereta saya dari meneruskan perjalanan. Saya turun dari kereta dan bertanya apa masalah lelaki itu.

“Dia kata, ‘kau yang bodoh, jalan besar kenapa nak berhenti?!’, malah saya dimaki hamun dan dilemparkan dengan kata-kata kesat,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa bersama suaminya terus membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kebiadapan pemandu Saga berkenaan.

Ptuik! Ni abang long kawasan mane ni? Baru pakai Saga dah berlagak besar, kalah orang bawak BMW,” tulis seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori