Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Langgar Lari Warga...

JOHOR BAHRU - Lelaki yang melanggar lari seorang warga Singapura hingga menyebabkan kematiannya...

Bekas Bapa Tiri Sedia...

BEKAS bapa tiri juara Akademi Fantasia 2015, Muhammad Arif Dolah mencabar Sufi Rashid...

Zenith Didesak Perjelaskan Bayaran...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP tidak berpuas hati dengan...

Keluarga Nafi Adun Seri...

SHAH ALAM – Keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Prof Dr...

UniMAP Bergerak Sejajar Dengan Revolusi Industri

BAKU (Azerbaijan) – Pembabitan dan keserasian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan sektor industri bukan sekadar memacu pengeluaran jurutera untuk negara tetapi ia juga sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah antara lain, pihak swasta turut berperanan sebagai penasihat kurikulum universiti itu bagi memastikan program yang ditawarkan sentiasa relevan dengan kehendak semasa.

Baginda yang juga Canselor UniMAP mengetuai delegasi ‘Jelajah Ilmu UniMAP’ ke ibu pejabat syarikat Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.A.R.L. di Marine Plaza dekat sini semalam.

Selain itu situasi menang-menang yang diamalkan dalam konteks jaringan strategik telah mencatat pencapaian yang memberangsangkan bagi UniMAP berasaskan peratusan tinggi kebolehpasaran siswazah keluaran universiti itu.

Ini jelas apabila siswazah limat pusat pengajian universiti itu menerima tawaran pekerjaan sebelum istiadat konvokesyen Oktober lalu iaitu Kejuruteraan Alam Sekitar sebanyak 89 peratus, Kejuruteraan Bahan (91 peratus), Kejuruteraan Mikroelektronik (92 peratus), Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (96 peratus) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (85 peratus).

Baki enam lagi pusat pengajian pula mencatatkan pencapaian sehingga 70 peratus yang membuktikan keupayaan siswazah UniMAP menembusi pasaran pekerjaan dalam tempoh yang singkat selepas menamatkan pengajian.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra lagi UniMAP turut menempatkan dua pensyarahnya mengikuti ‘Programme CEO Faculty 2.0 Coached by the Pros’ anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), yang merupakan program sangkutan dengan CEO industri.


Sebelum itu baginda mendengar taklimat mengenai operasi Petronas di Azerbaijan yang disampaikan Ketua bagi Pengoperasian Negara Azerbaijan Petronas Hanafi Talib.

Hadir sama mengiringi baginda pada lawatan itu Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan Datuk Roslan Abdul Rahman dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan serta kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP.

Sementara itu satu lagi kumpulan MPP UniMAP meninjau operasi kilang syarikat konglomerat Azersun iaitu Azerbaijan Oil and Fat yang antara lain mengeluarkan minyak masak dan makanan.

Program Jelajah Ilmu UniMAP bermula di Azerbaijan sejak Selasa lalu bagi mendedahkan peserta dengan institusi pengajian tinggi dan sektor industri di negara tersebut. – BERNAMA

Kategori