Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hiroo Onoda, Samurai Terakhir...

DIKENALI kerana sifat taat setianya berjuang untuk maharaja, beliau menjadi tentera terakhir bersembunyi...

Video: Pekerja 7E Dibelasah...

GARA-GARA isu kad tambah nilai, seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam dibelasah teruk...

Terpedaya Janji Manis Punca...

KUALA LUMPUR - Sikap mudah percaya pada pujian dan janji manis antara faktor...

Kos ECRL Dijimatkan RM11.01...

PUTRAJAYA : Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri...

UniMAP Berhasrat Wujud Kampus Lestari

BAKU (Azerbaijan) – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berhasrat menjadikan kampusnya sebagai kampus lestari dengan matlamat mewujudkan kehidupan sihat dan kondusif kepada seluruh warganya.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bagi merealisasikannya penekanan akan diberikan kepada aspek penggunaan tenaga dan pemeliharaan sumber.

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah demikian selepas mengetuai delegasi program Jelajah Ilmu UniMAP 2017 ke Baku Higher Oil School (Baki Ali Neft Məktəbi) di sini semalam.

Menurut baginda strategi Kampus Lestari UniMAP terbahagi kepada tiga fasa dengan fasa pertama mengadakan kempen kesedaran, penghayatan dan pembudayaan nilai murni itu selain mengenal pasti bidang-bidang lestari untuk dilaksanakan.

Bagi fasa ke-2, pembangunan struktur pentadbiran ‘hijau’ yang jelas akan dilaksanakan selain pengukuhan projek yang dimulakan dalam fasa pertama di samping mewujudkan tabung endowmen hijau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menambah bagi fasa ke-3 yang dijangka bermula pada 2020 pula melibatkan pemerkasaan projek-projek fasa pertama dan kedua akan dilaksanakan, yang mana perubahan ketara dalam operasi kampus lestari dijangka akan lebih jelas kelihatan.


Sebelum itu, keberangkatan baginda ke Baku Oil School yang diwujudkan pada 2011 itu disambut oleh rektornya Elmar Gasimov.

Hadir sama mengiringi baginda Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan beserta kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP sesi 2016-2017.
Delegasi itu berada di Azerbaijan sejak Selasa bagi melaksanakan pelbagai program bersama institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sekitar Baku. – BERNAMA

Kategori