Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pembawaan Penyakit Kusta Pendatang...

BALIK PULAU - Pembawaan penyakit kusta dalam kalangan pendatang asing memberikan kebimbangan terhadap...

Calon SPM Bertubuh Sado...

SEORANG remaja yang berbadan sado lengkap berpakaian sekolah menjadi sensasi dalam laman sosial...

Video: Ustaz Abdullah Khairi...

HAMPIR dua bulan menanti bas yang dibeli secara tunai, penceramah bebas, Ustaz Abdullah...

Sektor Korporat Perlu Martabatkan...

KUALA LUMPUR – Sektor korporat perlu memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi...

Untung 10 Kali Ganda Beli, Jual Kenderaan Lelong

IPOH – Hanya bermodalkan RM200, pembeli kenderaan lelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengaut keuntungan hingga 10 kali ganda apabila menjualnya semula.

Seorang pemilik syarikat kenderaan terpakai dan barang gantian, Abdul Rahim Yatim, 55, berkata setiap kenderaan lelong yang ingin dibelinya sudah mempunyai pelanggan walaupun bidaan belum bermula.

“Kebiasaannya sebelum hari lelongan, pembida sudah melihat kenderaan itu, tak kira ia dalam keadaan baik atau tidak, kenderaan itu masih berharga.

“Macam hari ni, saya membeli motosikal jenis Suzuki model RU120 pada harga RM200 dan saya boleh menjualnya semula dengan harga lebih RM2,000 di Kemboja sebab motor ini sangat laris di sana,” katanya.

Abdul Rahim ditemui pemberita selepas lelongan awam di JPJ, di sini hari ini. Selain itu, beliau juga berjaya membida sebuah motosikal Yamaha RXZ135 yang masih berkeadaan baik.

Malah tanpa memerlukan pembaikan semula, ia dilelong hanya pada harga RM1,500 serta boleh dijual semula dengan harga mencecah RM8,000.


Sementara itu, M. Simon, 25, mencuba nasib hari ini untuk membeli kenderaan lelong, namun beliau gagal mendapatkan sebarang hasil daripada 22 kenderaan yang dilelong.

“Ini kali pertama saya datang ke acara lelong, ingatkan boleh beli satu atau dua motosikal tapi tidak berjaya. Mungkin lain kali saya boleh cuba lagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata jumlah keseluruhan hasil lelongan yang dijalankan JPJ Perak hari ini adalah RM12,080, melibatkan hampir 30 pembida.

Selain 18 motosikal, turut dilelong ialah sebuah lori, dua kereta serta sebuah jip, katanya. – BERNAMA

Kategori