Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bas Ekspres Terbabas, 17...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik mencemaskan apabila...

Juara Remaja Dunia Muay...

TAWAU - Juara Remaja Dunia Muay Thai 2017, Daniel Fiedieans Maideh atau dikenali...

Pengasuh Ditahan Cubit Bayi...

KEPALA BATAS - Seorang pengasuh ditahan polis petang semalam selepas disyaki mencederakan seorang...

CCCC Tiada Hak Ke...

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) menafikan dakwaan bahawa China...

Uqasha Senrose Penyebab Fazura, Fattah Bertunang?

SEJAK mengumumkan berita tentang pertunangan mereka, pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura semakin menarik perhatian masyarakat, terutama sekali golongan netizen.

Tetapi, tahukah anda bagaimana hubungan yang terjalin pada mulanya dengan gandingan dalam sebuah drama berlanjutan sehingga  menjadi ikatan pertunangan?

Dengar-dengarnya Uqasha Senrose antara orang yang ‘merapatkan’ mereka semasa menjayakan pengambaran drama Hero Seorang Cinderella (HSC)!

Pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose gembira apabila mendengar khabar pertunangan yang dikongsikan pasangan itu selepas pulang dari mengerjakan umrah beberapa hari lalu.

Ini kerana, usaha Uqasha dalam mendapatkan chemistry lakonan antara Fattah dan Fazura seakan berjaya apabila lakonan teraju utama HSC itu mendapat pujian netizen.

“Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.

“Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka,” katanya dipetik BH Online.

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Namun, pelakon 25 tahun ini tidak menyangka usahanya untuk merapatkan mereka demi chemistry dalam lakonan menjadi lebih menarik sehinggakan mereka kini bergelar tunangan orang.


Uqasha dalam pada masa yang sama turut mendoakan kebahagian Fattah dan Fazura kerana beranggapan mereka merupakan pasangan secocok dan romantik.

“Saya dan Fazura sudah seperti adik-beradik dan saya gembira melihatnya bahagia. Mereka berdua begitu romantis apabila bersama.

“Alhamdulillah, Fazura yang saya anggap seperti kakak sendiri dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Saya harap Fattah akan mencintai dan menyayanginya hingga akhir hayat,” tambahnya.

Fattah dan Fazura telah mengikat tali pertunangan pada 13 November yang lalu, iaitu dua hari sebelum mereka, keluarga dan pihak pengurusan berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah.

Pengumuman yang dibuat pada sidang media sejurus mereka tiba di tanah air sekaligus meleraikan segala teka-teki yang timbul termasuklah cerita tentang pernikahan mereka yang berlangsung pada 14 November. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori