Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Singapura Buka Tender Projek...

SINGAPURA - Dengan paras air laut di peringkat global dijangka semakin meningkat, Public...

Pemuda Lombok Kahwini 2...

JAKARTA - Seorang pemuda Indonesia di Lombok melangsungkan perkahwinan dengan dua wanita sekali...

Nur Misuari Muncul Semula,...

MANILA - Pemimpin puak pemisah Islam Filipina, Nur Misuari, muncul semula selepas tiga...

Netizen Kecam Buku Fattah...

'MELETUP' dengan lagu Wanita Terakhir, Fattah Amin mengembangkan bakatnya dalam bidang penulisan dengan...

Urus Stres Dengan Baik Kunci Hidup Sihat

KUALA LUMPUR – Urus stres dengan baik dan kerap bersenam adalah antara tip diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kekal cergas dan sihat.

Bercakap pada sesi dialog bersempena dengan majlis pembukaan Persidangan dan Pemeran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMIDEX) 2017, beliau berkata itulah yang membuatkan beliau sihat dan cergas selama ini walaupun rambutnya sudah beruban.

Menyatakan beliau mula berkecimpung dalam politik pada usia 22 tahun, menjadi timbalan menteri semasa 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Besar pada usia 29 tahun, Najib yang kini berusia 64 tahun mengakui beliau terpaksa melepaskan banyak perkara dalam hidupnya kerana mengabdikan kebanyakan masanya dalam politik.

“Kini saya dapati diri saya sebagai pemimpin Malaysia, tahap stres dialami juga lebih tinggi. Tahap stres sebagai menteri adalah tinggi, timbalan perdana menteri lebih tinggi tetapi daripada timbalan perdana menteri kepada perdana menteri jauh lebih tinggi lagi dan saya jamin bahawa jika anda berpeluang jadi perdana menteri, anda akan rasainya.

“Tetapi anda perlu tahu cara menguruskan stres. Urus stres dengan baik adalah kunci bukan sahaja sebagai ahli politik tetapi juga untuk setiap orang, anda mungkin stres dengan jurubank anda, pelanggan anda , pasangan anda, tetapi anda perlu uruskannya secara asasnya dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dan kehidupan keluarga, semua ini perlu dilakukan dengan cara yang memberikan keselesaan kepada anda,” katanya,

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Hafsah Hashim tentang bagaimana beliau kekal cergas dan sihat.

Najib berkata beliau mendapati bersenam merupakan satu cara untuk menguruskan stres dalam kehidupan.


“Ia mestilah bentuk senaman fizikal yang betul, ia perlu menjadikan badan sihat. Golf merupakan satu rekreasi tetapi tidak membawa kepada badan yang sihat, anak perempuan saya beritahu saya golf lebih baik sedikit daripada tidak buat apa-apa,” katanya yang disambut dengan gelak ketawa daripada audien.

Menjadikan Sidang Kemuncak ASEAN di Manila baru-baru ini sebagai contoh, Najib berkata beliau dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mempunyai jadual padat yang sangat stres.

“Jadi, apa yang saya lakukan pada pagi sebelum saya keluar, saya pergi ke gim dan buat senaman, dan itu memberikan saya lebih tenaga,” katanya dan menurutnya sikap positif dan kekuatan dari segi kerohanian juga membantu dalam menangani stres.

Sesi dialog itu memberi peluang kepada pemain Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk lebih memahami situasi semasa ekonomi Malaysia, peruntukan Bajet 2018 untuk PKS dan meningkatkan kesedaran terhadap usaha kerajaan untuk menyediakan PKS tatkala negara menuju Revolusi Industri 4.0 dan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ). – BERNAMA

Kategori