Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemenang Pingat Emas Sukan...

SEOUL - Jang Hyun-soo - kapten Korea Selatan yang membimbing pasukan memenangi pingat...

Suhu Bawah Paras Beku...

KOTA KINABALU: Kawasan puncak Gunung Kinabalu dilaporkan mencatat suhu di bawah paras beku...

Coldplay Pernah Taja RM3.2...

PETALING JAYA – Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay sebelum ini pernah...

Lelaki Cemburu Buta Gam...

Afrika Selatan – Akibat cembura buta, seorang suami bertindak ganas dengan meletakkan gam...

USAS Johan Keseluruhan SUPTIM 2017

KANGAR – Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak muncul johan keseluruhan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM) 2017 kali ke-18 di sini.

USAS meraih 14 pingat emas, 12 perak, dan lapan gangsa.

Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) selaku tuan rumah, muncul naib johan keseluruhan dengan merangkul lima pingat emas, lapan perak dan 10 gangsa.

Sebanyak 10 institusi pengajian tinggi Islam menyertai SUPTIM pada kali ini antaranya KUIPs, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah; Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB); USAS, KUIM dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

SUPTIM dianjurkan bermula 25 Nov dan berakhir semalam dengan penglibatan hampir 1,000 atlet dan pegawai dengan venue pertandingan berlangsung di sekitar Perlis.


Sebanyak 12 acara dipertandingkan iaitu bola sepak, futsal lelaki, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, ping pong, badminton berpasukan dan individu, memanah, tarik tali serta silat.

Canselor KUIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis perasmian penutup SUPTIM malam tadi.

Dalam pada itu, Rektor KUIPs Mejar (K) Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam berkata SUPTIM berupaya menjadi medan mencungkil bakat dan meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan pelajar, di samping melahirkan atlet yang bakal mewakili negara nanti. – BERNAMA

Kategori